Audit Pemantauan (1) Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2015

AUDIT PEMANTAUAN (1) MS ISO 9001:2015
MAJLIS PERBANDARAN HULU SELANGOR
KUALA KUBU BHARU, 7 Oktober 2026 – Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) telah selesai menjalani Audit Pemantauan (1) Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2015 yang dilaksanakan selama dua hari, bermula 6 hingga 7 Oktober 2026.
Mesyuarat Penutupan Audit telah dipengerusikan oleh YBrs. Puan Julaihah binti Jamaludin, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hulu Selangor.
Mesyuarat dimulakan dengan pembentangan penemuan audit bagi Sistem Pengurusan Kualiti (MS ISO 9001:2015) oleh Puan Nur Ainaa binti Saadon, Ketua Pasukan Juruaudit QMS, SIRIM QAS International Sdn. Bhd.
Hasil audit kali ini merekodkan dua Peluang Penambahbaikan (OFI) tanpa sebarang ketakakuran direkodkan.
Pelaksanaan audit sepanjang dua hari tersebut telah berlangsung dengan lancar dan teratur, melibatkan kerjasama serta penglibatan aktif daripada pelbagai jabatan dan bahagian di MPHS.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada seluruh warga kerja MPHS atas komitmen, kerjasama berpasukan serta dedikasi yang diberikan dalam memastikan Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2015 terus dilaksanakan secara konsisten dan berkesan.
Penemuan dan Peluang Penambahbaikan yang dikemukakan melalui audit ini akan dijadikan panduan dalam usaha MPHS untuk terus memperkukuh budaya kerja berkualiti serta melaksanakan penambahbaikan berterusan ke arah meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat Hulu Selangor.

QUICK LINKS

AGENCIES LINK

All rights reserved. © 2026 Hulu Selangor Municipal Council.

Hulu Selangor Municipal Council (HSMC),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Monday - Friday : 8:00am - 5:00pm

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my
logo isms versi 2022 06112025

  • Latest Update : Monday 19 October 2026, 08:04:42.
Total Visitors :
01392466