Audit Pematuhan (Surveillance Audit) bagi MS ISO/IEC 27001:2013

26 Julai 2024, Kuala Kubu Bharu – SIRIM QAS International Sdn Bhd telah menjalankan Audit Pematuhan (Surveillance Audit) bagi MS ISO/IEC 27001:2013 Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (ISMS) Merangkumi Pengurusan, Pengoperasian dan Pentadbiran Sistem E-Council (Penilaian dan Cukai Taksiran) Majlis Perbandaran Hulu Selangor pada 25 dan 26 Julai 2024.

Hasil daripada komitmen yang diberikan oleh semua pihak terutama Jawatankuasa Pelaksana ISMS, Majlis Perbandaran Hulu Selangor telah berjaya mengekalkan dan memenuhi keperluan skop pensijilan daripada SIRIM dengan 1 Ketidakpatuhan (NCR) dan 2 penemuan Peluang Penambahbaikan (OFI). Sekalung penghargaan diucapkan kepada Encik Azran Bin Mohammad Ridzuan selaku Ketua Juruaudit bersama-sama 2 orang auditor iaitu Puan Haliza Bt Ibrahim dan Puan Hidayatini Binti Sarmin daripada SIRIM QAS Sdn Bhd kerana sudi hadir untuk melaksanakan audit di MPHS.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada warga MPHS yang telah memberi komitmen padu sepanjang tempoh audit berlangsung.

#DaripadaAndaUntukAnda

#MajuPerkasaHasilSemua

#HuluSelangorBandarRendahKarbon

#AllahPeliharakanlahHuluSelangor

#MPHSGo

QUICK LINKS

AGENCIES LINK

All rights reserved. © 2024 Hulu Selangor Municipal Council.

Hulu Selangor Municipal Council (HSMC),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Monday - Friday : 8:00am - 5:00pm

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Latest Update : Friday 26 July 2024, 09:33:22.
Total Visitors :
00803353