Bengkel Bajet 2026 MPHS

BENGKEL BAJET 2026 MAJLIS PERBANDARAN HULU SELANGOR (MPHS)

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) telah menganjurkan Bengkel Bajet 2026 selama tiga hari bermula 7 hingga 9 Ogos 2025. Bengkel ini telah dikoordinasikan oleh Yang Dipertua MPHS, Puan Julaihah binti Jamaludin, serta dibantu oleh Setiausaha MPHS, Puan Dewi Dirwana binti Munasir. Peserta-peserta bengkel terdiri dari pengarah-pengarah, ketua jabatan dan ketua bahagian MPHS.

Tujuan utama bengkel ini adalah untuk membincangkan perancangan dan pengurusan Bajet 2026 MPHS agar selaras dengan Rancangan Struktur Negeri dan Rancangan Tempatan serta Pelan Strategik MPHS. Ini bagi memastikan sasaran hasil dan perbelanjaan dianggar dengan lebih berfokus, realistik dan bermanfaat kepada rakyat Hulu Selangor.

Sepanjang bengkel ini, pelbagai cadangan telah diketengahkan bagi menambah baik sistem penyampaian perkhidmatan dan penggunaan sumber secara strategik, demi mencapai misi, visi dan objektif MPHS.

MPHS komited untuk terus meningkatkan mutu perkhidmatan melalui perancangan bajet yang lebih teliti dan bertanggungjawab demi kesejahteraan rakyat.

#MPHS #Bajet2026
#HuluSelangor
#PembangunanMampan
#MalaysiaMadani
#KitaSelangor
#DaripadaAndaUntukAnda
#MajuPerkasaHasilSemua
#HuluSelangorBandarRendahKarbon
#AllahPeliharakanlahHuluSelangor
#MPHSGo

QUICK LINKS

AGENCIES LINK

All rights reserved. © 2025 Hulu Selangor Municipal Council.

Hulu Selangor Municipal Council (HSMC),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Monday - Friday : 8:00am - 5:00pm

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Latest Update : Thursday 14 August 2025, 07:00:27.
Total Visitors :
01049904

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd
PBTPay

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015