Bengkel Kefahaman dan Focus Group Discussion (FGD) bagi Penyediaan Laporan Hala Tuju Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Majlis Perbandaran Hulu Selangor

BENGKEL KEFAHAMAN DAN FOCUS GROUP DISCUSSION (FGD) BAGI PENYEDIAAN LAPORAN HALA TUJU MATLAMAT PEMBANGUNAN MAMPAN (SDG) MAJLIS PERBANDARAN HULU SELANGOR (MPHS)

Majlis Perbandaran Hulu Selangor telah mengadakan satu Bengkel Kefahaman dan Focus Group Discussion (FGD) bagi Penyediaan Laporan Hala Tuju Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Majlis Perbandaran Hulu Selangor pada 13 April 2023 (Khamis) bertempat di Templers Ballroom, Setia Eco Templer, Rawang.

Bengkel ini dilaksanakan dengan kerjasama pihak Urbanice Malaysia selaku perunding bagi penyediaan laporan ini. Seramai 110 Orang Peserta yang terdiri daripada Pengurusan Tertinggi MPHS, Ahli Majlis MPHS, Pengarah dan Ketua Bahagian MPHS, Kakitangan Sokongan MPHS, Agensi Kerajaan Peringkat Daerah dan Negeri, Wakil Komuniti dan NGO di Daerah Hulu Selangor.

Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan awal berkaitan Matlamat Pembangunan Mampan serta membina kapasiti tentang kemampanan bandar di peringkat komuniti dalam Daerah Hulu Selangor.

Bengkel telah dikendalikan oleh Pasukan Kerja Urbanice Malaysia yang diketuai oleh Ybrs. Dr. Azmizam bin Abd Rashid, Timb. Ketua Eksekutif Urbanice Malaysia.

Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh Ybrs. Tuan Mohd Hasry bin Nor Mohd, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hulu Selangor. Turut hadir bersama pada bengkel ini Tuan Awaluddin bin Zakaria, Timbalan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

MPHS berharap segala input yang diberikan oleh peserta pada bengkel ini dapat dijadikan permulaan dalam mempertingkatkan kerjasama dan perkhidmatan yang diberikan oleh semua agensi bagi mencapai sasaran Matlamat Pembangunan Mampan 2030.

QUICK LINKS

AGENCIES LINK

All rights reserved. © 2024 Hulu Selangor Municipal Council.

Hulu Selangor Municipal Council (HSMC),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Monday - Friday : 8:00am - 5:00pm

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Latest Update : Tuesday 08 October 2024, 04:52:32.
Total Visitors :
00852052