Bengkel Pemantapan Pelaksanaan MS ISO 9001:2015

BENGKEL PEMANTAPAN PELAKSANAAN MS ISO 9001:2015 MPHS

Damansara, 16 April 2026 – Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) telah mengadakan Bengkel Pemantapan Pelaksanaan MS ISO 9001:2015 sebagai usaha berterusan dalam memperkukuh sistem pengurusan kualiti organisasi.

Bengkel ini telah disertai oleh Puan Junainah binti Abdullah, Ketua Bahagian Korporat selaku Penyelaras MS ISO MPHS, bersama Ketua Dokumentasi, Pengurus Risiko MS ISO 9001:2015, Wakil Juruaudit serta Penolong Ketua Dokumentasi MS ISO 9001:2015.

Turut menjayakan bengkel ini ialah SIRIM Academy melalui sesi khidmat rundingan dan perkongsian ilmu yang disampaikan oleh penceramah, Puan Nor Faridah Ab Aziz.

Antara fokus utama pelaksanaan bengkel ini adalah:

  • Penyediaan dan semakan laporan pencapaian Objektif Kualiti
  • Pelaksanaan penilaian Pengurusan Risiko MS ISO 9001:2015
  • Semakan dan pengemaskinian pindaan prosedur/SOP kerja selaras dengan keperluan piawaian

Pelaksanaan bengkel ini bertujuan memastikan semua dokumentasi dan pelaporan sentiasa teratur, terkini serta mematuhi keperluan MS ISO 9001:2015. Selain itu, ia turut meningkatkan kecekapan sistem pengurusan kualiti dalam penyampaian perkhidmatan MPHS.

Komitmen semua pihak yang terlibat mencerminkan usaha berterusan MPHS dalam memperkukuh tadbir urus serta meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat.

#MalaysiaMadani

#KitaSelangor

#IniSelangor

#DaripadaAndaUntukAnda

#MajuPerkasaHasilSemua

#HuluSelangorBandarRendahKarbon

#AllahPeliharakanlahHuluSelangor

#MPHSGo

#VisitSelangor2025

#VisitMalaysia2026

#SukmaSelangor2026

QUICK LINKS

AGENCIES LINK

All rights reserved. © 2026 Hulu Selangor Municipal Council.

Hulu Selangor Municipal Council (HSMC),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Monday - Friday : 8:00am - 5:00pm

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my
logo isms versi 2022 06112025

  • Latest Update : Friday 05 March 2027, 07:15:16.
Total Visitors :
01240963