Bengkel Pendakwaan & Pengkompaunan Kesalahan Akta Pengurusan Strata 2013 (Akta 757) anjuran Unit Pesuruhjaya Bangunan, MPKS

KUALA KUBU BHARU, 7 September 2024 : Sambutan Hari Sungai Sedunia Peringkat Negeri Selangor diadakan bertujuan untuk menjaga kelestarian sungai sebagai salah satu sumber khazanah negara dengan memastikan penglibatan segenap lapisan Masyarakat yang akan di nikmati oleh generasi akan datang secara berterusan.

Sambutan pada tahun ini di sambut meriah di Taman Milenium KKB dengan keberangkatan Tiba Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj yang berkenaan merasmikan majlis tersebut.

Pelbagai aktiviti telah dianjurkan seperti Pertandingan Fun Run, Derma Darah dan Saringan Kesihatan, Pertandingan Memancing, Pertandingan Sukan Rakyat, Pertandingan Mewarna, Petting Zoo, Soopa Doopa dan persembahan Misi Menyelamat daripada Pasukan Bomba dan Penyelamat.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hulu Selangor, Julaihah Jamaluddin bersama barisan pengarah MPHS turut hadir sebagai tanda sokongan di atas penganjuran program yang diadakan ini.

Syabas dan tahniah kepada Jabatan Pengairan dan Aliran (JPS) Negeri Selangor selaku penganjur di atas kejayaan dalam memastikan kelancaran semasa program ini berlangsung.

#DaripadaAndaUntukAnda

#MajuPerkasaHasilSemua

#HuluSelangorBandarRendahKarbon

#AllahPeliharakanlahHuluSelangor

#MPHSGo

QUICK LINKS

AGENCIES LINK

All rights reserved. © 2024 Hulu Selangor Municipal Council.

Hulu Selangor Municipal Council (HSMC),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Monday - Friday : 8:00am - 5:00pm

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Latest Update : Tuesday 08 October 2024, 04:05:30.
Total Visitors :
00851666