Bengkel Pengenalan kepada Harta Intelek (IP), Paten, Hak Cipta dan Pengkormesialan Harta Intelek

BENGKEL PENGENALAN KEPADA HARTA INTELEK (IP), PATEN, HAK CIPTA 101 DAN PENGKORMESIALAN HARTA INTELEK

18 Jun 2026, Kuala Kubu Bharu – Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) telah menganjurkan Bengkel Pengenalan kepada Harta Intelek (IP), Paten, Hak Cipta dan Pengkormesialan Harta Intelek yang melibatkan penyertaan Ketua-Ketua Jabatan serta Penyelaras Inovasi MPHS.

Bengkel ini bertujuan memberikan pendedahan berkaitan kepentingan perlindungan harta intelek, termasuk paten dan hak cipta, dalam melindungi idea, inovasi serta hasil karya yang dihasilkan oleh warga organisasi. Taklimat dan sesi perkongsian telah disampaikan oleh dua orang penceramah jemputan khas daripada Invenxer Sdn. Bhd. iaitu En. Mohamed Ikhwan bin Shahdzul Bakri dan Pn. Syuhada binti Mohd Shafawi. Perkongsian yang disampaikan telah memberikan pemahaman yang lebih jelas kepada peserta mengenai aspek perlindungan harta intelek serta kepentingannya dalam pembangunan dan pemerkasaan inovasi organisasi.

Melalui perkongsian dan perbincangan yang dijalankan, peserta turut didedahkan kepada proses asas perlindungan harta intelek serta kepentingannya dalam memastikan hasil inovasi dapat dimanfaatkan dan dilindungi dengan sewajarnya. Program ini juga diharap dapat meningkatkan kesedaran dan pemahaman peserta mengenai peranan harta intelek dalam menyokong budaya inovasi serta memperkasa pembangunan idea yang bernilai.

#MalaysiaMadani

#KitaSelangor

#IniSelangor

#DaripadaAndaUntukAnda

#MajuPerkasaHasilSemua

#HuluSelangorBandarRendahKarbon

#AllahPeliharakanlahHuluSelangor

#MPHSGo

#VisitSelangor2025

#VisitMalaysia2026

#SukmaSelangor2026

QUICK LINKS

AGENCIES LINK

All rights reserved. © 2026 Hulu Selangor Municipal Council.

Hulu Selangor Municipal Council (HSMC),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Monday - Friday : 8:00am - 5:00pm

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my
logo isms versi 2022 06112025

  • Latest Update : Friday 10 July 2026, 09:50:16.
Total Visitors :
01282498