Bengkel Penutup Program Pementoran 2024 MPHS

BENGKEL PENUTUP PROGRAM PEMENTORAN MPHS TAHUN 2024.

12-13 Januari 2025, Kuala Lumpur. Bengkel Penutup Program Pementoran 2024 MPHS telah berlangsung selama dua hari di Hotel Mercure Kuala Lumpur Trion. Program Pementoran telah berlangsung selama 6 bulan bermula Jun 2024 di bawah Kaunselor Tuan Sadli bin Osman, perunding program bermula dari TOT sehingga penilaian, pelaporan dan impak Program Pementoran. Di dalam Bengkel Penutup Program Pementoran 2024 MPHS, pasangan Mentor dan Menti telah diberi tugasan untuk pembentangan berdasarkan kepada tajuk yang telah diberikan.

Selain tugasan menyiapkan tugasan pembentangan, peserta Mentor Menti juga telah dibawa menikmati panorama malam di Kuala Lumpur dengan menaiki bas Hop On Hop Of sebagai penghargaan kepada Mentor Menti yang telah memberikan komitmen sepanjang program berlangsung.

Tahniah dan terima kasih kepada 18 orang peserta pementoran tahun 2024 yang telah melaksanakan tugasan luar daripada kerja hakiki dengan jayanya.

#DaripadaAndaUntukAnda

#MajuPerkasaHasilSemua

#HuluSelangorBandarRendahKarbon

#AllahPeliharakanlahHuluSelangor

#MPHSGo

#MPHS2025

QUICK LINKS

AGENCIES LINK

All rights reserved. © 2026 Hulu Selangor Municipal Council.

Hulu Selangor Municipal Council (HSMC),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Monday - Friday : 8:00am - 5:00pm

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my
logo isms versi 2022 06112025

  • Latest Update : Friday 05 March 2027, 07:15:16.
Total Visitors :
01203281