Bengkel Penyediaan Dokumen dan Laporan QE 5.0 anjuran Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS)

Kuala Kubu Bharu, 11 September 2025 - Bengkel Penyediaan Dokumen dan Laporan QE 5.0 anjuran Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) telah diadakan bertempat di Perpustakaan Awam Kuala Kubu Bharu. Bengkel ini merupakan sebahagian daripada inisiatif MPHS dalam memperkukuh pelaksanaan amalan Quality Environment (QE) 5.0 di semua zon merangkap jabatan dan bahagian di MPHS.

Matlamat utama bengkel ini adalah untuk memberi pendedahan dan bimbingan secara praktikal kepada warga kerja MPHS dalam menyediakan dokumen serta laporan yang selaras dengan garis panduan QE 5.0. Pendekatan ini penting bagi memastikan setiap zon memahami peranan masing-masing dalam melaksanakan inisiatif QE 5.0 secara menyeluruh, sistematik dan mampan.

Bengkel dimulakan dengan satu taklimat khas yang disampaikan oleh Puan Junainah binti Abdullah, selaku Penyelaras QE 5.0 MPHS. Dalam sesi taklimat tersebut, beliau telah berkongsi berkenaan pengenalan dan objektif QE 5.0, prinsip-prinsip pelaksanaan, serta panduan penyediaan dokumentasi, kriteria fizikal dan pelaporan yang efektif. Penekanan turut diberikan kepada aspek penyelarasan antara zon, dokumentasi bukti pelaksanaan, serta penyediaan laporan yang menepati kriteria penilaian amalan QE 5.0.

Sepanjang bengkel ini, peserta turut didedahkan dengan contoh-contoh dokumen yang lengkap dan kaedah terbaik dalam menstrukturkan laporan mengikut format yang ditetapkan. Bengkel juga memberi ruang kepada peserta untuk mengajukan soalan serta berkongsi pengalaman pelaksanaan QE 5.0 di zon, sekali gus memperkukuh pemahaman dan semangat kerjasama antara zon.

Secara keseluruhannya, bengkel ini telah berjaya mencapai objektifnya dalam meningkatkan tahap kesediaan dan kefahaman peserta terhadap pelaksanaan QE 5.0. Diharapkan melalui penganjuran bengkel seperti ini, MPHS dapat terus mengukuhkan budaya kerja yang cekap, berkualiti dan berasaskan penambahbaikan berterusan, selaras dengan aspirasi ke arah kecemerlangan pentadbiran pihak berkuasa tempatan.

 

#MalaysiaMadani

#KitaSelangor

#IniSelangor

#DaripadaAndaUntukAnda

#MajuPerkasaHasilSemua

#HuluSelangorBandarRendahKarbon

#AllahPeliharakanlahHuluSelangor

#MPHSGo

#VisitSelangor2025

#VisitMalaysia2026

#SukmaSelangor2026

 

 

 

QUICK LINKS

AGENCIES LINK

All rights reserved. © 2025 Hulu Selangor Municipal Council.

Hulu Selangor Municipal Council (HSMC),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Monday - Friday : 8:00am - 5:00pm

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Latest Update : Friday 12 September 2025, 09:17:50.
Total Visitors :
01069620