Bengkel Penyediaan Kertas Siasatan dan Pendakwaan Di Bawah Akta Pengurusan Strata 2013 (Akta 757)

Bengkel Penyediaan Kertas Siasatan dan Pendakwaan Di Bawah Akta Pengurusan Strata 2013 (Akta 757)

Pada 26 - 28 Jun 2024 bertempat di Hotel Royal Damansara, Majlis Bandaraya Petaling Jaya telah mengadakan Bengkel Penyediaan Kertas Siasatan dan Pendakwaan Di Bawah Akta Pengurusan Strata 2013 anjuran Unit Pesuruhjaya Bangunan (COB) Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan telah dirasmikan oleh YBrs Datuk Bandar Petaling Jaya, Tn. Hj. Mohamad Zahri Bin Hj. Samingon. Bengkel ini dihadiri oleh kakitangan COB MBPJ dan Jabatan Penguatkuasa MBPJ.

Di dalam bengkel ini , wakil daripada Bhg. Pesuruhjaya Bangunan Majlis Perbandaran Hulu Selangor iaitu Pn. Nabilah Ajmal Bt Amir Kamaludin, Pen. Peg. Penilaian telah dijemput untuk memberi perkongsian berkenaan peranan dan prosedur kertas siasatan bagi tujuan pendakwaan atau pengkompaunan yang telah dilaksanakan di Hulu Selangor. Selain daripada itu taklimat disampaikan oleh Sjn Shukor Bin Abu Hassan daripada Bhg. Pengurusan Strata, Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan, En. Hakim Amir Bin Abdul Hamid, Timbalan Pendakwa Raya, Kamar Penasihat Undang - Undang Negeri Selangor dan En Muhammad Azizul Bin Amer, Pegawai Undang - Undang, COB Majlis Bandaraya Subang Jaya turut hadir untuk memberi taklimat berkenaan penguatkuasaan di bawah Akta 757.

Semoga dengan sesi perkongsian dua hala ini dapat meningkat pengetahuan dan menjalankan penguatkuasaan di bawah Akta Pengurusan Strata 2013 (Akta 757) di pihak berkuasa tempatan Negeri Selangor.

#DaripadaAndaUntukAnda

#MajuPerkasaHasilSemua

#HuluSelangorBandarRendahKarbon

#AllahPeliharakanlahHuluSelangor

#MPHSGo

QUICK LINKS

AGENCIES LINK

All rights reserved. © 2024 Hulu Selangor Municipal Council.

Hulu Selangor Municipal Council (HSMC),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Monday - Friday : 8:00am - 5:00pm

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Latest Update : Tuesday 08 October 2024, 04:52:32.
Total Visitors :
00851791