Ceramah Integriti dan Ujian Saringan Air Kencing (URINE)

Kuala Kubu Bharu, 23 September 2024 (Isnin): Satu Ceramah Integriti dan Ujian Saringan Air Kencing (URINE) telah dibuat oleh Unit Integriti MPHS kepada pegawai daripada Jabatan Penguatkuasaan MPHS.

Seramai 53 anggota penguatkuasa telah menjalani ujian saringan berkenaan. Saringan ini dibuat sebagai langkah pemantaun dan penyeliaaan dalam pengekangan penggunaan serta penyalahgunaan dadah oleh pegawai penguatkuasaan MPHS.

Pemeriksaan URINE ini telah dilakukan oleh Pegawai-pegawai daripada Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) daerah Hulu Selangor yang diketuai oleh Encik Awang Ahmad bin Awang Gosti selaku Ketua Pegawai Pemulihan Dadah Daerah Hulu Selangor.

Hasil saringan mendapati kesemua pegawai bebas dari penyalahgunaan dadah dan bahan terlarang.

#DaripadaAndaUntukAnda

#MajuPerkasaHasilSemua

#MPHSGO

#transformasikomunitiperbandaranharmoni

#sustainabledevelopmentgoals

QUICK LINKS

AGENCIES LINK

All rights reserved. © 2024 Hulu Selangor Municipal Council.

Hulu Selangor Municipal Council (HSMC),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Monday - Friday : 8:00am - 5:00pm

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Latest Update : Tuesday 08 October 2024, 04:05:30.
Total Visitors :
00851666