Dari Hotspot Denggi Ke Zero AEDES : Program KOZEDES "Perkasa Komuniti Perangi Aedes" Di Apartmen Teratai Taman Bunga Raya

DARI HOTSPOT DENGGI KE ZERO AEDES : PROGRAM KOZEDES "PERKASA KOMUNITI PERANGI AEDES" DI APARTMEN TERATAI TAMAN BUNGA RAYA

BUKIT BERUNTUNG, 10 Mei 2026 –Penduduk Apartmen Teratai kini bergabung tenaga dengan MPHS dan PKDHS dalam program Komuniti Zero Aedes atau KOZEDES bagi memerangi penularan demam denggi di kawasan hotspot berkenaan. Langkah drastik ini diambil bukan sahaja untuk mematuhi aspirasi Matlamat SDG 3 iaitu Kesihatan Baik dan Kesejahteraan, malah sebagai komitmen bersama untuk melindungi komuniti daripada bahaya nyamuk Aedes. Melalui program ini, kesedaran penduduk dipertingkatkan bagi mengubah status hotspot denggi tersebut kepada zon hijau yang bebas daripada ancaman penyakit.

Majlis Perasmian Program KOZEDES ini telah disempurnakan oleh Puan Hayati binti Chat, Ahli Majlis MPHS Zon 21, yang turut menyaksikan simbolik penyerahan unit BIMOBET (Biological Mosquito Breeding Trap) kepada Pengerusi JMB Apartmen Teratai, En. Zulkarnain bin Dong. Inovasi mesra alam ini diperkenalkan sebagai usaha menyokong Matlamat SDG 11 iaitu Bandar dan Komuniti Mampan melalui pendekatan biologi yang lebih selamat untuk ekosistem bandar. Bersama Pengerusi COMBI Daerah, En. Sapudin bin Silong, pihak pengurusan apartmen menzahirkan harapan agar teknologi ini menjadi titik tolak bagi Apartmen Teratai keluar daripada senarai hotspot denggi dengan kadar segera menerusi kerjasama padu seluruh penduduk.

Sesi perkongsian ilmu dimulakan dengan taklimat oleh Dr. Zafrin bin Jamaludin, Ketua Unit Kawalan Penyakit Bawaan Vektor (PKDHS), yang mengupas isu semasa kes di Apartmen Teratai serta kepentingan memusnahkan tempat pembiakan nyamuk. Literasi kesihatan ini diteruskan oleh Puan Nurain Fasehah, Ketua Unit Kawalan Serangga Perosak (MPHS), yang memberi penerangan terperinci mengenai fungsi, cara penggunaan, dan kaedah penjagaan alat BIMOBET. Pengisian yang selaras dengan aspirasi Matlamat SDG 4 iaitu Pendidikan Berkualiti ini diperkukuhkan lagi melalui kuiz denggi dan pertandingan mewarna bagi kanak-kanak, sekali gus mendidik penduduk untuk memusnahkan takungan air yang menjadi punca utama wabak di kediaman mereka.

Secara keseluruhannya, program KOZEDES ini mencerminkan keberkesanan Matlamat SDG 17 iaitu Kerjasama Demi Matlamat melalui sinergi antara agensi kerajaan dan penduduk dalam aktiviti gotong-royong perdana. Adalah menjadi harapan besar semua pihak agar momentum ini berterusan sehingga Apartmen Teratai bebas sepenuhnya daripada penyakit demam denggi. Dengan komitmen yang konsisten, status hotspot di kawasan ini diharapkan dapat dihapuskan secara kekal bagi mewujudkan persekitaran hidup yang lebih selamat dan bebas denggi selaras dengan tagline "Komuniti Zero Aedes, Perkasa Komuniti Zero Aedes".

#MalaysiaMadani

#KitaSelangor

#IniSelangor

#DaripadaAndaUntukAnda

#MajuPerkasaHasilSemua

#HuluSelangorBandarRendahKarbon

#AllahPeliharakanlahHuluSelangor

#MPHSGo

#VisitSelangor2025

#VisitMalaysia2026

#SukmaSelangor2026

#ProgramKomunitiZeroAedes

#KoZeDes

QUICK LINKS

AGENCIES LINK

All rights reserved. © 2026 Hulu Selangor Municipal Council.

Hulu Selangor Municipal Council (HSMC),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Monday - Friday : 8:00am - 5:00pm

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my
logo isms versi 2022 06112025

  • Latest Update : Friday 05 March 2027, 07:15:16.
Total Visitors :
01255110