Hari ke-enam operasi mencari dan menyelamat mangsa tanah runtuh di Batang Kali

Hari ke-enam operasi mencari dan menyelamat mangsa tanah runtuh di Batang Kali. Pihak berkuasa dan pasukan penyelamat masih lagi bertungkus lumus mencari dengan penambahan aset di tapak. Hari ini menyaksikan penemuan seorang lagi mayat mangsa yang dijumpai tertimbus sambil berpelukan bersama seekor anjing. Sama- sama kita berdoa semoga baki mangsa yang tertimbus akan segera dijumpai.
MPHS turut merakamkan ucapan terima kasih kepada rakan rakan PBT Selangor yang diatas keprihatinan dan sokongan terhadap para petugas di tapak lokasi tanah runtuh. Ucapan penghargaan buat Majlis Bandaraya Petaling Jaya , Majlis Bandaraya Shah Alam , Majlis Perbandaran Selayang, Majlis Perbandaran Ampang Jaya , Majlis Perbandaran Kuala Selangor yang turut memberi sumbangan peralatan dan bekalan makanan. Turut sama membantu menyampaikan sumbangan, barisan Ahli- Ahli Majlis MPHS

QUICK LINKS

AGENCIES LINK

All rights reserved. © 2024 Hulu Selangor Municipal Council.

Hulu Selangor Municipal Council (HSMC),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Monday - Friday : 8:00am - 5:00pm

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Latest Update : Tuesday 08 October 2024, 13:38:08.
Total Visitors :
00852135