HARI KETIGA | ASEAN SUSTAINABLE URBANISATION FORUM (ASUF) 2025
14 Ogos 2025, Kuala Lumpur – Pada hari ini YBrs. Puan TPr. Gs. Azlina binti Mokhtar, Pengarah Jabatan Perancang Bandar, MPHS telah menyampaikan pembentangan di dalam Sesi Pocket Talk yang bertajuk ‘Regularisation of Campsites in Hulu Selangor - Ensuring Environmental Protection and Visitor Safety’ kepada para pengunjung di Pavilion Selangor sempena penganjuran ASUF 2025.
Hadir pada sesi ini, Ybhg. Puan Julaihah binti Jamaludin, Yang Dipertua MPHS bersama-sama Ahli Majlis, Pengarah dan Ketua Bahagian serta para pegawai MPHS yang turut memberikan sokongan.
Pada hari ini juga turut diadakan Majlis Penutup Rasmi bagi Penganjuran ASUF, AGMF & MGMAC 2025. Majlis telah disempurnakan oleh YB Tuan Nga Kor Ming, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Turut hadir YBhg. Dato’ Seri TPr (Dr.) Maimunah Mohd Sharif, Datuk Bandar Kuala Lumpur serta Dr. Bernadia Irawati Tjandradewi, Setiausaha Agung UCLG ASPAC.
Ketiga-tiga acara ini berlangsung secara serentak di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) menjadi platform penting untuk merangka masa depan bandar-bandar ASEAN yang lebih inklusif, mampan, dan berdaya tahan.
#ASUF2025 #AGMF2025 #MGMAC
#MalaysiaMadani
#KitaSelangor
#DaripadaAndaUntukAnda
#MajuPerkasaHasilSemua
#HuluSelangorBandarRendahKarbon
#AllahPeliharakanlahHuluSelangor
#MPHSGo