Jabatan Landskap Mphs telah mengadakan lawatan teknikal bersama Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) Wilayah dan Selangor

Jabatan Landskap Mphs telah mengadakan lawatan teknikal bersama Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) Wilayah dan Selangor ke Kolam Air Panas,Kerling dan Pusat Terapi Semulajadi Hulu Tamu,Batang Kali bagi melihat keadaan air panas sebelum penyelidikan dan kajian terhadap fizikal serta sumber air panas dilaksanakan.
Taklimat ringkas telah disampaikan oleh En Wan Neq Haikal bin Wan Abdul Karim wakil daripada JMG berkenaan dengan teknikal air panas. Turut serta dalam lawatan ini ialah LAr Mohd Fadhil bin Mohd Lani, Pengarah Jabatan Landskap MPHS, Ahli Majlis MPHS iaitu Puan Law Suet Peng, Encik Lee Men Wai, Encik Kanagaraja A/L Allagasen dan Encik Murali A/L Samee juga wakil daripada Jabatan Pembangunan Masyarakat MPHS.

QUICK LINKS

AGENCIES LINK

All rights reserved. © 2026 Hulu Selangor Municipal Council.

Hulu Selangor Municipal Council (HSMC),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Monday - Friday : 8:00am - 5:00pm

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my
logo isms versi 2022 06112025

  • Latest Update : Friday 09 January 2026, 07:25:52.
Total Visitors :
01149034