Kejohanan Golf Persahabatan Sempena Temasya SUKMA XXII & Para SUKMA Selangor 2026

KEJOHANAN GOLF PERSAHABATAN SEMPENA TEMASYA SUKMA XXII & PARA SUKMA SELANGOR 2026

SHAH ALAM, 17 Ogos 2026 - Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) turut bersama memeriahkan Kejohanan Golf Persahabatan Sempena Temasya SUKMA XXII & Para SUKMA Selangor 2026 yang menghimpunkan wakil PBT, kontinjen negeri, Majlis Sukan Negeri serta rakan-rakan strategik.
Hadir mewakili MPHS ialah Yang Dipertua MPHS, Puan Julaihah binti Jamaludin bersama Puan Nurulhuda Ahmad, Pengarah Jabatan Pembangunan Masyarakat MPHS.
Kejohanan ini menjadi platform mengeratkan silaturahim, memperkukuh jaringan kerjasama serta menyemarakkan semangat kesukanan dalam suasana santai dan penuh muhibah.
Turut menyerikan kejohanan, YAB Dato’ Menteri Besar Selangor bersama barisan kepimpinan Kerajaan Negeri Selangor dan wakil-wakil PBT.
MPHS terus memberikan sokongan dalam menjayakan Temasya SUKMA XXII & Para SUKMA Selangor 2026 serta bersama-sama menyemarakkan semangat Kita Selangor!
SUKMA Selangor 2026 — Kita Selangor, Maju Bersama!

 

QUICK LINKS

AGENCIES LINK

All rights reserved. © 2026 Hulu Selangor Municipal Council.

Hulu Selangor Municipal Council (HSMC),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Monday - Friday : 8:00am - 5:00pm

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my
logo isms versi 2022 06112025

  • Latest Update : Wednesday 19 August 2026, 09:28:31.
Total Visitors :
01344044