Kunjungan Rasmi Dari Delegasi Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Selangor

Kuala Kubu Bharu, 27 Ogos 2025 - Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) telah menerima kunjungan rasmi dari delegasi Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Selangor yang diketuai oleh YDH Supt. Ibrahim bin Husin, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor. Ketibaan delegasi disambut mesra oleh YBrs. Puan Julaihah Jamaludin, Yang Dipertua MPHS.

Sesi kunjungan ini menjadi medan pertukaran pandangan berkaitan pembangunan, keselamatan dan ketenteraman awam di Daerah Hulu Selangor khususnya. Delegasi turut diberi taklimat mengenai peranan dan fungsi MPHS oleh Encik Shaiful Rizza bin Hj. Piamin, Pengarah Jabatan Perbendaharaan merangkap Penolong Setiausaha MPHS.

Objektif perjumpaan ini ialah untuk:

1. Memperkukuh hubungan strategik antara MPHS dan PDRM demi kesejahteraan masyarakat di Daerah Hulu Selangor khususnya;

2. Membincangkan kolaborasi program pencegahan jenayah dan kesedaran sivik;

3. Mengenal pasti isu keselamatan komuniti serta membentuk pelan tindakan bersama.

#MalaysiaMadani

#KitaSelangor

#DaripadaAndaUntukAnda

#MajuPerkasaHasilSemua

#HuluSelangorBandarRendahKarbon

#AllahPeliharakanlahHuluSelangor

#MPHSGo

QUICK LINKS

AGENCIES LINK

All rights reserved. © 2025 Hulu Selangor Municipal Council.

Hulu Selangor Municipal Council (HSMC),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Monday - Friday : 8:00am - 5:00pm

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Latest Update : Thursday 04 September 2025, 04:28:39.
Total Visitors :
01064530

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd
PBTPay

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015