Kursus Induksi bagi Pegawai/Kakitangan Tetap dan Kontrak MPHS Tahun 2025

KURSUS INDUKSI BAGI PEGAWAI/KAKITANGAN TETAP DAN KONTRAK MPHS 2025

MPHS, 24 Disember 2025. Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Jabatan Khidmat Pengurusan MPHS telah mengadakan Kursus Induksi bagi Pegawai/Kakitangan Tetap dan Kontrak MPHS Tahun 2025 yang melibatkan pegawai dan kakitangan Gred 1 hingga Gred 9, lantikan dari tempoh Jun 2024 hingga Disember 2025. Turut hadir dalam kursus ini ialah Pentadbir Cuti setiap Jabatan di Dewan Merdeka Kuala Kubu Bharu.

Antara pengisian kursus ialah pendedahan berkaitan Nilai dan Etika Perkhidmatan Awam, Perintah Am serta Pekeliling-Pekeliling Perkhidmatan yang telah disampaikan oleh Encik Mohd Norazif bin Ahmad Tamsis, Pengarah Khidmat Pengurusan.

Seterusnya, penerangan mengenai Kaedah-Kaedah Pegawai MPHS (Kelakuan dan Tatatertib) 2023 telah disampaikan oleh Encik Abdullah Shahrul bin Rosli, Ketua Unit Integriti, manakala Arahan Perbendaharaan telah disampaikan oleh Encik Shaiful Rizza bin Haji Piamin, Pengarah Perbendaharaan.

Penganjuran kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada pegawai dan kakitangan baharu agar lebih memahami peraturan, tanggungjawab serta etika kerja dalam perkhidmatan awam selaras dengan tadbir urus yang berintegriti dan profesional.

#MalaysiaMadani

#KitaSelangor

#IniSelangor

#DaripadaAndaUntukAnda

#MajuPerkasaHasilSemua

#HuluSelangorBandarRendahKarbon

#AllahPeliharakanlahHuluSelangor

#MPHSGo

#VisitSelangor2025

#VisitMalaysia2026

#SukmaSelangor2026

QUICK LINKS

AGENCIES LINK

All rights reserved. © 2026 Hulu Selangor Municipal Council.

Hulu Selangor Municipal Council (HSMC),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Monday - Friday : 8:00am - 5:00pm

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my
logo isms versi 2022 06112025

  • Latest Update : Wednesday 31 December 2025, 05:59:07.
Total Visitors :
01141749