Kursus Pelaksanaan Kaizen dan Inovasi Dalam Inisiatif 5S, Majlis Perbandaran Hulu Selangor
7 Oktober 2022 (Jumaat)
Bilik Mesyuarat Chiling, MPHS
Kursus ini telah dianjurkan oleh Jawatankuasa Induk 5S yang melibatkan semua Ahli Jawatankuasa Induk, Juruaudit 5S dan Penyelaras Zon 5S, MPHS.
Kursus ini diadakan untuk memahami definisi dan pelaksanaan aktiviti penambahbaikan (kaizen) dalam inisiatif 5S dengan lebih jelas serta mengetahui kepentingan dan faedah pelaksanaan inovasi dan kaizen dalam program 5S.