Lawatan Kerja dan Perkongsian Amalan Terbaik: Majlis Perbandaran Sepang ke MPHS

LAWATAN KERJA DAN PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK: MAJLIS PERBANDARAN SEPANG KE MAJLIS PERBANDARAN HULU SELANGOR

2 September 2025 - Kuala Kubu Bharu, Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) telah menerima lawatan kerja daripada Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) dalam usaha memperkukuh kerjasama serta berkongsi amalan terbaik.

Delegasi MPSepang diketuai oleh Y.M. Raja Zulhelmi Bin Raja Saleh, Pengarah Perbendaharaan, serta Tuan Haji Mohd Nor Amiruddin Bin Ab Karim, Pengarah Undang-Undang, Encik Amirul Adzhim Bin Zainul Anuar, Penolong Pengarah Perbendaharaan dan Muhammad Hilman Syahmi Bin Asmin, Pembantu Undang-Undang

Ketibaan delegasi telah disambut oleh Tuan Shaiful Rizza Bin Hj. Piamin, Pengarah Perbendaharaan MPHS, bersama Encik Amlie Bin Ismail, Pengarah Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta, serta kakitangan MPHS.

Objektif utama lawatan ini adalah untuk mempelajari dan berkongsi amalan terbaik mengenai pengurusan Tabung Endowmen MPHS, yang menjadi salah satu inisiatif dalam membentuk komuniti sejahtera di Hulu Selangor, selaras dengan tiga Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) utama MPHS iaitu SDG 1 : Tiada Kemiskinan , SDG 2 : Sifar Kelaparan dan SDG 4 : Pendidikan Berkualiti.

MPHS amat berbesar hati menerima kunjungan ini dan berharap hubungan erat di antara kedua-dua pihak berkuasa tempatan akan terus terjalin demi pembangunan bersama.

#DaripadaAndaUntukAnda

#MajuPerkasaHasilSemua

#endowmenMPHS

#sdg1

#sdg2

#sdg4

#justiceforzara

QUICK LINKS

AGENCIES LINK

All rights reserved. © 2025 Hulu Selangor Municipal Council.

Hulu Selangor Municipal Council (HSMC),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Monday - Friday : 8:00am - 5:00pm

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Latest Update : Thursday 04 September 2025, 04:28:39.
Total Visitors :
01064530

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd
PBTPay

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015