Lawatan Pemantauan Bas Smart Selangor

LAWATAN PEMANTAUAN BAS SMART SELANGOR
Tarikh : 24 Mei 2023

Majlis Perbandaran Hulu Selangor telah membuat pemantauan terhadap bas-bas yang dibekalkan bagi perkhidmatan Bas Smart Selangor.

Teguran telah dibuat kepada operator bas bagi beberapa perkara yang perlu ditambah baik oleh pihak operator bas. Selain itu, temubual turut dibuat terhadap penumpang bas berkenaan perkhidmatan Bas Smart Selangor yang telah disediakan sejak tahun 2016. Terdapat beberapa cadangan baru yang telah dikenalpasti untuk diambilkira dalam cadangan penambahbaikan Bas Smart Selangor bagi tahun 2024.

Pemantauan turut dibuat kepada penumpang terhadap penggunaan Scan to Ride sepanjang penggunaan perkhidmatan Bas Smart Selangor. Scan to Ride adalah diwajibkan kepada semua pengguna Bas Smart Selangor kecuali pelajar sekolah, warga emas dan Orang Kelainan Upaya (OKU).

Lawatan bermula jam 10.30 pagi dan selesai jam 1.00 petang. Sebarang pertanyaan berkaitan Bas Smart Selangor, boleh hubungi Jabatan Perancang Bandar MPHS , Majlis Perbandaran Hulu Selangor ditalian 03-60641331 sambungan 123.

QUICK LINKS

AGENCIES LINK

All rights reserved. © 2024 Hulu Selangor Municipal Council.

Hulu Selangor Municipal Council (HSMC),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Monday - Friday : 8:00am - 5:00pm

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Latest Update : Tuesday 08 October 2024, 04:52:32.
Total Visitors :
00851791