Lawatan Pemantauan Kemajuan dan Status Terkini Projek Tingkat Upaya Tapak Pelupusan Sampah Sungai Sabai, Kalumpang

LAWATAN KE TAPAK PROJEK TINGKAT UPAYA TAPAK PELUPUSAN SAMPAH SUNGAI SABAI, KALUMPANG OLEH TETUAN WORLDWIDE HOLDINGS BERHAD

Kalumpang, 4 Disember 2024 - Satu lawatan pemantauan kemajuan dan status terkini projek tingkat upaya tapak pelupusan sampah telah diadakan ke atas Tapak Pelupusan Sampah Sungai Sabai, Kalumpang. Lawatan ini diketuai oleh Puan Yang Dipertua MPHS, Puan Julaihah Binti Jamaludin dan turut disertai oleh Pengarah Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam, En Mohd Shahril Bin Ramli. Turut serta wakil-wakil dari pihak Worldwide Holding Berhad.

Tujuan lawatan ini diadakan bagi melihat kemajuan projek membina tapak pelupusan sampah bagi sisa domestik dan sisa lengai di Daerah Hulu Selangor sepertimana yang dirancang agar ianya dapat memberi manfaat kepada pengurusan sisa pepejal yang lebih sistematik dan mampan.

#DaripadaAndaUntukAnda

#MajuPerkasaHasilSemua

#HuluSelangorBandarRendahKarbon

#AllahPeliharakanlahHuluSelangor

#MPHSGo

QUICK LINKS

AGENCIES LINK

All rights reserved. © 2026 Hulu Selangor Municipal Council.

Hulu Selangor Municipal Council (HSMC),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Monday - Friday : 8:00am - 5:00pm

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my
logo isms versi 2022 06112025

  • Latest Update : Friday 05 March 2027, 07:15:16.
Total Visitors :
01203302