Lawatan Pemeriksaan Panel Penilai Penarafan Bintang Audit Teknikal (PBAT) Kesihatan Persekitaran Jabatan Kerajaan Tempatan ke MPHS

Lawatan Pemeriksaan Panel Penilai Penarafan Bintang Audit Teknikal (PBAT) Kesihatan Persekitaran Jabatan Kerajaan Tempatan ke Majlis Perbandaran Hulu Selangor

Kuala Kubu Bharu, 24 April 2025 – Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) telah menerima kunjungan rasmi daripada Panel Penilai Penarafan Bintang Audit Teknikal (PBAT) Kesihatan Persekitaran, Jabatan Kerajaan Tempatan yang melibatkan kehadiran tiga (3) orang panel penilai iaitu Encik Zulkifli bin Mohammad dan Encik Jegathesan a/l Ratnam, Penolong Pengarah Kanan KPKT; serta Encik Mohd Faries bin Md Diah, Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran KPKT. Turut hadir, Pengarah Jabatan Perbendaharaan, Encik Shaiful Rizza bin Hj Piamin.

Penilaian ini melibatkan lapan komponen utama, iaitu aspek pentadbiran dan pengurusan kesihatan persekitaran, pematuhan prosedur kewangan, program kawalan penyakit vektor dan perosak, pengurusan bahan kimia, serta pengurusan pusat sembelihan, pasar dan haiwan terbiar. Turut dinilai ialah pelaksanaan program penyenggaraan dan kawalan stesen cegah jangkit serta pemantauan keselamatan dan kawalan makanan.

Lawatan ini turut merangkumi pemeriksaan dokumentasi, sesi temu bual bersama pegawai teknikal terlibat, serta lawatan tapak ke dua lokasi utama iaitu stor racun unit vektor dan lokasi projek Tandas Pintar Bersih, Menawan dan Wangi (BMW-i).

MPHS menyambut baik lawatan ini sebagai satu usaha semak dan imbang yang penting ke arah kecekapan berterusan dalam sistem penyampaian perkhidmatan kesihatan persekitaran.

#MalaysiaMadani

#KitaSelangor

#DaripadaAndaUntukAnda

#MajuPerkasaHasilSemua

#HuluSelangorBandarRendahKarbon

#AllahPeliharakanlahHuluSelangor

#MPHSGo

#TahunMelawatSelangor2025

QUICK LINKS

AGENCIES LINK

All rights reserved. © 2026 Hulu Selangor Municipal Council.

Hulu Selangor Municipal Council (HSMC),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Monday - Friday : 8:00am - 5:00pm

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my
logo isms versi 2022 06112025

  • Latest Update : Friday 09 January 2026, 07:25:52.
Total Visitors :
01149677