*LAWATAN PEMERIKSAAN TAPAK PEMAJUAN TAMAN LANTERA KUALA KUBU BHARU OLEH YANG DIPERTUA MPHS*
Kuala Kubu Bharu, 24 Jan 2026 - Satu lawatan pemeriksaan pemajuan telah dilaksanakan oleh YBrs Puan Julaihah Binti Jamaludin, Yang Dipertua MPHS bagi melihat kemajuan projek dan pematuhan kepada syarat - syarat kelulusan. Lawatan ini turut disertai oleh YBrs TPr Gs. Azlina Binti Mokhtar, Pengarah Jabatan Perancang Bandar. Turut sama wakil dari pemaju Irama Setia Sdn. Bhd.
Komitmen pihak MPHS bagi memastikan setiap pemajuan yang diluluskan mematuhi segala syarat kelulusan dan tidak menimbulkan sebarang kacau ganggu kepada penduduk sekitar.
#HuluSelangorBandarRendahKarbon
















