Lawatan Penanda Arasan berkaitan Pelaksanaan Program Amalan Persekitaran Berkualiti (APB) 5S bersama Lembaga Air Kuching (LAK)

LAWATAN PENANDA ARASAN DAN PERKONGSIAN ILMU BERKAITAN

PELAKSANAAN PROGRAM AMALAN PERSEKITARAN BERKUALITI (APB)-5S

BERSAMA LEMBAGA AIR KUCHING (LAK)

27 JUN 2024 (KHAMIS)

9.00 PAGI

BILIK MESYUARAT CHILING, MPHS

MPHS telah menerima kunjungan Delegasi daripada Lembaga Air Kuching yang diketuai oleh Ir. Rodziah Mohamad, Pengurus Besar Lembaga Air Sarawak bagi lawatan penanda arasan dan perkongsian ilmu berkaitan pelaksanaan APB 5S. Delegasi telah disambut oleh YBrs. Tuan Awaluddin Zakaria selaku Timbalan Yang Dipertua MPHS.

Taklimat perkongsian pengalaman pelaksanaan APB 5S pula telah disampaikan oleh Puan Junainah binti Abdullah, Pengarah Bahagian Korporat merangkap Penyelaras 5S MPHS.

Delegasi turut melawat ke tiga Zon 5S MPHS iaitu Zon Bunga Raya, Mawar Adenium.

Delegasi juga dibawa melawat ke Lorong Seni Pelancongan Sukan KKB yang menjadi salah satu inisiatif 5S MPHS melalui Zon Hamerocallis. Dalam sesi lawatan, taklimat disampaikan oleh En. Muhamad Zaim mewakil Zon Hamerocallis.

Lawatan penanda arasan dan perkongsian ilmu berkaitan APB 5S ini telah memberikan pengetahuan dan pengalaman baharu serta momen yang indah kepada MPHS dan juga Lembaga Air Sarawak melalui pertukaran ilmu dan idea bagi memperkasa program APB 5S

QUICK LINKS

AGENCIES LINK

All rights reserved. © 2024 Hulu Selangor Municipal Council.

Hulu Selangor Municipal Council (HSMC),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Monday - Friday : 8:00am - 5:00pm

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Latest Update : Tuesday 08 October 2024, 04:52:32.
Total Visitors :
00851791