Lawatan Penanda Arasan Jabatan Penilaian Dan Pengurusan Harta Majlis Perbandaran Hulu Selangor Ke Majlis Bandaraya Seremban (MBS)

LAWATAN PENANDA ARASAN JABATAN PENILAIAN DAN PENGURUSAN HARTA MAJLIS PERBANDARAN HULU SELANGOR KE MAJLIS BANDARAYA SEREMBAN (MBS)

Seremban, 24 November 2025 – Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta, Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) telah mengadakan lawatan kerja rasmi bagi penanda arasan ke Majlis Bandaraya Seremban (MBS).

Delegasi lawatan ini diketuai oleh Puan Junaidah binti Ramli, Pen. Peg. Penilaian, JPPH bersama 11 orang kakitangan JPPH. Delegasi berkenaan telah disambut oleh Pengarah dan kakitangan Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta, MBS.

Lawatan ini bertujuan untuk mempelajari dan meningkatkan kefahaman serta memperkukuhkan kaedah pengurusan dalam sistem sewaan, pengurusan penyewa serta pemantauan tunggakan sewa. Delegasi lawatan telah diberikan taklimat oleh pegawai MBS berkaitan pelaksanaan penguatkuasaan terhadap penyewa yang gagal mematuhi syarat perjanjian. Sesi taklimat dan perkongsian ilmu di MBS, telah disampaikan oleh Puan Sr. Nor Zuliana binti Abd. Manan, Pengarah JPPH bersama Encik Sr. Abd. Razak bin Mohd. Haron, Pegawai Penilaian JPPH.

Lawatan ini sangat bermanfaat dalam usaha menambah baik sistem sedia ada dan meningkatkan kecekapan pengurusan harta Majlis agar lebih sistematik dan berdaya saing.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor turut merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak MBS atas kesudian menerima lawatan ini serta perkongsian ilmu dan pengalaman yang pastinya akan menjadi nilai tambah kepada perkhidmatan di Daerah Hulu Selangor. MPHS juga sentiasa komited dalam menyokong usaha pembangunan lestari yang berpaksikan prinsip tadbir urus yang baik.

#MalaysiaMadani

#KitaSelangor

#IniSelangor

#DaripadaAndaUntukAnda

#MajuPerkasaHasilSemua

#HuluSelangorBandarRendahKarbon

#AllahPeliharakanlahHuluSelangor

#MPHSGo

#VisitSelangor2025

#VisitMalaysia2026

#SukmaSelangor2026

QUICK LINKS

AGENCIES LINK

All rights reserved. © 2025 Hulu Selangor Municipal Council.

Hulu Selangor Municipal Council (HSMC),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Monday - Friday : 8:00am - 5:00pm

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my
logo isms versi 2022 06112025

  • Latest Update : Wednesday 26 November 2025, 03:54:19.
Total Visitors :
01115523