Lawatan Penanda Arasan Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) ke MPHS

LAWATAN PENANDA ARASAN MAJLIS PERBANDARAN KUALA LANGAT (MPKL) KE MAJLIS PERBANDARAN HULU SELANGOR (MPHS)

MPHS, 9 Februari 2026, (Isnin). Lawatan Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) ke Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) ini bertujuan bagi mempelajari serta melihat proses kerja dan pengoperasian kaunter bersepadu di MPHS.

Encik Shaiful Rizza bin Hj Piamin, Pengarah Jabatan Perbendaharaan merangkap Penolong Setiausaha telah menyambut dan mengalu-alukan kehadiran delegasi. Sesi penerangan mengenai perjalanan kaunter bersepadu MPHS telah disampaikan oleh Encik Mohd Norazif bin Ahmad Tamsis, Pengarah Jabatan Khidmat Pengurusan. Taklimat tersebut telah diadakan di Bilik Mesyuarat Lata Medang MPHS.

Delegasi dari MPKL diketuai oleh Puan Norashidah binti Rosli, Pengarah Jabatan Perbendaharaan MPKL bersama 12 orang kakitangan MPKL dari pelbagai jabatan.

Semoga dengan pengkongsian ilmu ini dapat meningkatkan serta menambahbaik sistem penyampaian perkhidmatan dan kepuasan pelanggan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Negeri Selangor.

#MalaysiaMadani

#KitaSelangor

#IniSelangor

#DaripadaAndaUntukAnda

#MajuPerkasaHasilSemua

#HuluSelangorBandarRendahKarbon

#AllahPeliharakanlahHuluSelangor

#MPHSGo

#VisitSelangor2026

#VisitMalaysia2026

#SukmaSelangor2026

QUICK LINKS

AGENCIES LINK

All rights reserved. © 2026 Hulu Selangor Municipal Council.

Hulu Selangor Municipal Council (HSMC),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Monday - Friday : 8:00am - 5:00pm

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my
logo isms versi 2022 06112025

  • Latest Update : Thursday 12 February 2026, 06:24:42.
Total Visitors :
01183841