Lawatan Penandaaras Majlis Perbandaran Hulu Selangor ke Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah

24 Nov – Sekitar Lawatan Penandaaras Majlis Perbandaran Hulu Selangor ke Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah melibatkan seramai 40 orang delegasi yang ketuai oleh YBrs. Tuan Mohd Hasry bin Nor Mohd, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hulu Selangor. Turut menyertai lawatan, Y.D.M. Dato’ Raja Muzaffar bin Raja Redzwa Orang Besar Daerah Selangor. Delegasi telah disambut oleh YBhg. Datuk Hj. Zainal bin Hj. Abu, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah diiringi YBrs. Tuan Ts. Hj. Noramirul Nizam bin Kamis, Setiausaha Bandaraya MBMB.
Tujuan lawatan ini adalah untuk berkongsi pandangan mengenai kawalan anjing dikawasan pentadbiran MBMB. Selain itu, pihak delegasi turut melawat tapak di hub semantara kawalan anjing bertempat di Kompleks Logistik MBMB, Batu Berendam dan turut mengadakan kunjungan hornat di Wisma Gan Boon Leong, Jonker Walk, dan disambut mesra oleh YBhg. Datuk Gan Tian Loo, Pengerusi Jawatankuasa Jonker Walk.
Semoga hubungan baik antara PBT ini dapat diteruskan untuk memacu perkhidmatan perbandaran ke suatu tahap yang lebih tinggi.
Sama-samalah kita perangi penularan wabak Covid -19
Jom! “Like & Follow” media sosial rasmi Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah sekarang!
Selamat Datang Ke Negeri Melaka Bandaraya Warisan Dunia – Unesco
Jangan risikokan diri anda dan keluarga dari jangkitan COVID19.
‘Melakaku Maju Jaya,
Rakyat Bahagia,

QUICK LINKS

AGENCIES LINK

All rights reserved. © 2024 Hulu Selangor Municipal Council.

Hulu Selangor Municipal Council (HSMC),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Monday - Friday : 8:00am - 5:00pm

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Latest Update : Wednesday 27 November 2024, 03:20:52.
Total Visitors :
00877522

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

I-TEGUR

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015