Lawatan Penandaarasan MPHS ke MBPJ bagi Pelajari Kaedah Kawalan dan Tebatan Banjir

LAWATAN PENANDAARASAN MPHS KE MBPJ BAGI PELAJARI KAEDAH KAWALAN DAN TEBATAN BANJIR

Petaling Jaya, 6 Ogos 2025 – Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) telah mengadakan satu lawatan penandaarasan ke Majlis Bandaraya Petaling Jaya bagi tujuan mempelajari pendekatan dan pelaksanaan sistem kawalan serta tebatan banjir yang berkesan di kawasan pentadbiran MBPJ.

Delegasi diketuai oleh Yang Dipertua MPHS, YBrs. Puan Julaihah binti Jamaludin dan diiringi oleh Setiausaha MPHS, Puan Dewi Dirwana binti Munasir. Delegasi turut disertai oleh Ahli-Ahli Majlis MPHS, Jurutera Daerah JPS Hulu Selangor, Puan Ir. Marina binti Abdul Karim, wakil daripada JKR Hulu Selangor, Pengarah Jabatan Kejuruteraan, Pengarah Pengarah Jabatan , serta wakil teknikal seramai 25 orang.

Ketibaan delegasi MPHS telah disambut oleh Datuk Bandar Petaling Jaya, YBrs. Tuan Haji Mohamad Zahri bin Haji Samingon bersama Timbalan Setiausaha (Pengurusan), Tuan Mohd Fauzi bin Maarop, Ahli-Ahli Majlis MBPJ serta Timbalan Pengarah Kejuruteraan MBPJ, Tuan Ir. Ts. Ahmad Roslan bin Hairudin.

Ketibaan Delegasi MPHS dimulakan dengan pemeriksaan kawalan kehormatan oleh Puan YDP MPHS, sebelum diteruskan dengan taklimat mengenai Perancangan Program Tebatan Banjir di Petaling Jaya yang disampaikan oleh Penolong Pengarah (Saliran dan Cerun) MBPJ, Tuan Ts. Muhamad Mahadi bin Bahari. Delegasi turut dibawa melawat ke beberapa lokasi pelaksanaan projek tebatan banjir yang telah berjaya direalisasikan oleh MBPJ.

MPHS merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Datuk Bandar dan warga MBPJ atas kesudian menerima lawatan ini serta sudi berkongsi maklumat yang amat bermanfaat. Diharapkan sesi kunjungan ini dapat memperkukuh kerjasama strategik antara kedua-dua pihak, selain menjadi landasan ke arah meningkatkan keberkesanan sistem pengurusan banjir serta penyampaian perkhidmatan awam yang lebih cekap dan berdaya saing.

#MalaysiaMadani

#KitaSelangor

#DaripadaAndaUntukAnda

#MajuPerkasaHasilSemua

#HuluSelangorBandarRendahKarbon

#AllahPeliharakanlahHuluSelangor

#MPHSGo

#friendship city MBPJ

QUICK LINKS

AGENCIES LINK

All rights reserved. © 2025 Hulu Selangor Municipal Council.

Hulu Selangor Municipal Council (HSMC),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Monday - Friday : 8:00am - 5:00pm

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Latest Update : Thursday 14 August 2025, 07:00:27.
Total Visitors :
01048437

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd
PBTPay

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015