Lawatan Sambil Belajar ke Kilang Secret Recipe oleh Jabatan Sisa Pepejal Bersama Ahli Majlis MPHS

Lawatan Sambil Belajar ke Kilang Secret Recipe oleh Jabatan Sisa Pepejal Bersama Ahli Majlis MPHS.
Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam, MPHS bersama barisan Ahli Majlis telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Kilang Secret Recipe Malaysia , Kota Damansara pada 23 Nov 2022 bagi melihat dan mempelajari aktiviti penghasilan baja kompos daripada sisa makanan.
Secret Recipe merupakan antara pihak industri yang aktif menjalankan usaha mengurangkan sampah dengan melaksanakan aktiviti penghasilan baja kompos daripada sisa buangan daripada penghasilan produk makanan di kilang Secret Recipe.
Lawatan ini bagi memberi pendedahan dan mempelajari kaedah menghasilkan baja kompos dari sisa makanan agar usaha ini dapat dilaksanakan oleh JPSPPA, MPHS bagi melestarikan alam sekitar Hulu Selangor.

QUICK LINKS

AGENCIES LINK

All rights reserved. © 2024 Hulu Selangor Municipal Council.

Hulu Selangor Municipal Council (HSMC),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Monday - Friday : 8:00am - 5:00pm

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Latest Update : Tuesday 08 October 2024, 13:38:08.
Total Visitors :
00852135