Lawatan Tapak Dan Kaji Selidik Bagi Cadangan Pengkelasan Kawasan Perindustrian di Daerah Hulu Selangor

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) telah menerima kunjungan daripada pihak Invest Selangor Berhad bagi tujuan Lawatan Tapak Pengkelasan Kawasan Perindustrian di daerah Hulu Selangor. Lawatan tersebut turut disertai daripada beberapa Jabatan & Agensi seperti MIDA Selangor, PLANMalaysia@Selangor, Telekom Malaysia Berhad, Tenaga Nasional Berhad, Air Selangor dan Jabatan-jabatan dalaman MPHS. Kunjungan lawatan telah disambut oleh Encik Shaiful Rizza bin Hj. Piamin, Timbalan Setiausaha, MPHS.
 
Antara Kawasan Perindustrian Hulu Selangor yang terlibat bagi tahun ini adalah :
  1. Perindustrian Ringan, Kalumpang
  2. Perindustrian Miel, Batang Kali
  3. Perindustrian Monorel, Sungai Choh
  4. Perindustrian Jasmine, Bukit Beruntung.
Setiap kawasan perindustrian akan dinilai berdasarkan garis panduan dan penarafan ciri- ciri dan kemudahan infrastruktur yang terdapat di kawasan perindustrian tersebut. Tujuan pengkelasan kawasan perindustrian ini adalah penting dalam mewujudkan persekitaran kawasan yang lebih kondusif, terancang dan pengurusan yang sistematik. Sekaligus mampu menarik minat para pelabur untuk melabur di Negeri Selangor dan akan meningkatkan imej Negeri Selangor sebagai sebuah negeri yang pesat membangun dan pusat kemasukan pelaburan di rantau ini.

QUICK LINKS

AGENCIES LINK

All rights reserved. © 2024 Hulu Selangor Municipal Council.

Hulu Selangor Municipal Council (HSMC),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Monday - Friday : 8:00am - 5:00pm

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Latest Update : Tuesday 08 October 2024, 04:52:32.
Total Visitors :
00852052