LAWATAN TEKNIKAL ISU RUNTUHAN TANAH & INFRASTRUKTUR
DI BUKIT BERUNTUNG & SUNGAI CHOH
Satu lawatan teknikal telah dijalankan hari ini susulan kejadian runtuhan tanah di Jalan Orkid 1B, Bukit Beruntung. Lawatan ini dipimpin oleh YDP MPHS, Puan Julaihah bt. Jamaludin, bersama Ahli Majlis Zon 21, Puan Hayati bt. Chat, Ahli Majlis Zon17, Encik Puvanesvaran a/l Patchimutu serta Jabatan Kejuruteraan MPHS, Puan Sharifah bt. Atan.
Hasil pemeriksaan mendapati runtuhan berpunca daripada bebanan tanah berlebihan yang menyebabkan struktur penahan sementara yang dibina pemilik gagal berfungsi. Sebagai tindakan awal, MPHS telah:
Membersihkan kawasan runtuhan untuk membuka aliran parit
Memasang kanvas perlindungan bagi mengurangkan peresapan air hujan
Lawatan turut diteruskan ke beberapa lokasi lain bagi menangani isu infrastruktur, termasuk:
Kelab Golf Bukit Beruntung – pemeriksaan kerosakan infrastruktur untuk tindakan pembaikan
Taman Mawar, Prima Beruntung – isu limpahan air akibat manhole utiliti terbuka; arahan segera dikeluarkan kepada pihak utiliti
Taman Bukit Teratai – runtuhan tebing & parit tersumbat; kerja pembersihan dan pemulihan aliran air akan dilaksanakan segera
Bagi isu banjir kilat minggu lalu, pihak ECRL memaklumkan kerja pembaikan telah dibuat dengan menaik taraf saiz paip culvert bagi meningkatkan kapasiti aliran air.
MPHS menasihatkan penduduk di kawasan berbukit agar sentiasa peka terhadap tanda pergerakan tanah seperti rekahan, mendapan atau kecondongan pokok, dan melaporkan segera kepada pihak berkuasa sekiranya terdapat sebarang petunjuk risiko.
#HuluSelangorBandarRendahKarbon
















