Lawatan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hulu Selangor ke Pusat Sembelihan Ayam di Rawang dan Sungai Choh

LAWATAN YANG DIPERTUA MAJLIS PERBANDARAN HULU SELANGOR (MPHS) KE PUSAT SEMBELIHAN AYAM DI RAWANG DAN SUNGAI CHOH

Sungai Choh, 29 Disember 2024 – Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS), Puan Julaihah binti Jamaludin, bersama Ahli Majlis dan Jabatan Alam Sekitar telah melawat pusat sembelihan ayam di Rawang dan Sungai Choh bagi meninjau rawatan sisa efluen daripada proses penyembelihan ayam serta pematuhan terhadap piawaian alam sekitar dan peraturan sedia ada.

Lawatan ini menekankan tentang penggunaan teknologi rawatan sisa untuk mengurangkan impak pencemaran sungai, sejajar dengan garis panduan Jabatan Alam Sekitar dan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

*Kaedah rawatan sisa ini telah menyokong pencapaian Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) 2030 khususnya SDG 6: Air Bersih dan Sanitasi, SDG 12: Penggunaan dan Pengeluaran Yang Bertanggungjawab serta SDG 15: Kehidupan di Darat.*

MPHS komited memperkukuh kerjasama dengan agensi berkaitan bagi menyediakan panduan dan sokongan teknikal kepada pengusaha serta mempergiat advokasi kepada masyarakat tentang kepentingan menjaga kebersihan dan kelestarian alam sekitar.

#DaripadaAndaUntukAnda

#MajuPerkasaHasilSemua

#HuluSelangorBandarRendahKarbon

#AllahPeliharakanlahHuluSelangor

#MPHSGo

QUICK LINKS

AGENCIES LINK

All rights reserved. © 2026 Hulu Selangor Municipal Council.

Hulu Selangor Municipal Council (HSMC),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Monday - Friday : 8:00am - 5:00pm

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my
logo isms versi 2022 06112025

  • Latest Update : Friday 05 March 2027, 07:15:16.
Total Visitors :
01203281