Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2025 dan Jasamu Dikenang 2026

MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2025 DAN JASAMU DIKENANG 2026 MPHS

17 April 2026, Genting Highland : Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) telah menganjurkan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2025 dan Jasamu Dikenang 2026 bagi menghargai menghargai komitmen dan dedikasi perkhidmatan cemerlang para pegawai dalam tahun 2025 yang lalu dan menghargai sumbangan khidmat bakti pegawai MPHS yang bakal bersara pada tahun 2026.

Seramai 56 orang pegawai telah menerima anugerah yang terdiri daripada Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2025 (36), Penghargaan Setia 35 Tahun (4), Anugerah khas YDP (10), Penghargaan Belasungkawa (2) dan;

Penghargaan Jasamu Dikenang (2).

Majlis telah dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Mohd Yazid bin Sairi, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (Pengurusan).

Di dalam ucapan perasmiannya, beliau menekankan bahawa kecemerlangan MPHS yang diraikan hari ini perlu dilihat sebagai satu budaya bukan sekadar pencapaian sekali lalu, tetapi satu standard yang perlu terus diperkasakan dalam perkhidmatan awam.

Katanya lagi, ia wajar dilihat sebagai suntikan semangat dan pencetus iltizam baharu untuk terus menyemarakkan khidmat bakti dengan lebih gigih, berintegriti dan profesional, seiring

amanah besar yang dipikul demi kesejahteraan rakyat dan kemajuan organisasi.

Turut hadir YBrs. Puan Julaihah binti Jamaludin, Yang Dipertua; Yang Amat Dihormati Engku Orang Kaya Maha Bijaya Hulu Selangor, Raja Dato’ Muzaffar bin Raja Redzwa; Puan Dewi Dirwana binti Munasir, Setiausaha; serta barisan Ahli Majlis dan Pengarah MPHS.

#MalaysiaMadani

#KitaSelangor

#IniSelangor

#DaripadaAndaUntukAnda

#MajuPerkasaHasilSemua

#HuluSelangorBandarRendahKarbon

#AllahPeliharakanlahHuluSelangor

#MPHSGo

#VisitSelangor2025

#VisitMalaysia2026

#SukmaSelangor2026

QUICK LINKS

AGENCIES LINK

All rights reserved. © 2026 Hulu Selangor Municipal Council.

Hulu Selangor Municipal Council (HSMC),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Monday - Friday : 8:00am - 5:00pm

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my
logo isms versi 2022 06112025

  • Latest Update : Friday 05 March 2027, 07:15:16.
Total Visitors :
01240963