Majlis Bacaan Yasin dan Tazkirah Perdana MPHS Sempena Israk Mikraj 1447 Hijrah

MAJLIS BACAAN YASIN DAN TAZKIRAH PERDANA MPHS SEMPENA ISRAK MIKRAJ 1447 HIJRAH.

MPHS, 16 Januari 2026 (Jumaat) bersamaan 26 Rejab 1447H di Masjid Jamek Ar-Rahimah Kuala Kubu Bharu. Program anjuran MPHS dengan kerjasama AKRAB MPHS ini adalah salah satu daripada aktiviti tahunan yang dirancang sebagai pengisian kerohanian kepada warga kerja MPHS dan kakitangan jabatan-jabatan kerajaan Daerah Hulu Selangor.

Tazkirah yang bertajuk "Penghayatan Sebuah Perjalanan" telah disampaikan oleh Ustaz Muhammad Adam bin Ab Rashid, Pegawai Hal Ehwal Islam, Pengurus Masjid Ar-Rahimah Kuala Kubu Bharu.

Majlis dihadiri oleh YBrs. Puan Julaihah binti Jamaludin, Yang Dipertua MPHS bersama Puan Dewi Dirwana binti Munasir, Setiausaha MPHS, Encik Mohd Norazif bin Ahmad Tamsis, Pengarah Jabatan Khidmat Pengurusan selaku Pengerusi AKRAB MPHS, bersama Pengarah-pengarah Jabatan, Ketua-ketua Bahagian/ unit, warga kerja MPHS serta kakitangan Jabatan Kerajaan Daerah. Pihak MPHS turut merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak pengurusan Masjid Jamek Ar-Rahimah Kuala Kubu Bharu atas kerjasama yang baik dalam menjayakan majlis ilmu ini.

#MalaysiaMadani

#KitaSelangor

#IniSelangor

#DaripadaAndaUntukAnda

#MajuPerkasaHasilSemua

#HuluSelangorBandarRendahKarbon

#AllahPeliharakanlahHuluSelangor

#MPHSGo

#VisitSelangor2025

#VisitMalaysia2026

#SukmaSelangor2026

QUICK LINKS

AGENCIES LINK

All rights reserved. © 2026 Hulu Selangor Municipal Council.

Hulu Selangor Municipal Council (HSMC),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Monday - Friday : 8:00am - 5:00pm

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my
logo isms versi 2022 06112025

  • Latest Update : Thursday 22 January 2026, 09:35:16.
Total Visitors :
01164431