Majlis Hi-Tea bersama Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MAJLIS HI-TEA YDP MPHS BERSAMA KETUA-KETUA JABATAN DAERAH HULU SELANGOR

KUALA KUBU BHARU, 2 September 2024 : Seramai 33 Ketua Jabatan Daerah Hulu Selangor telah menghadiri Majlis Hi-Tea bersama Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hulu Selangor sebagai tanda komitmen yang tinggi jabatan-jabatan di daerah ini bersama MPHS.

Majlis yang diadakan secara santai ini dianjurkan sebagai medium suai kenal bersama Yang Dipertua MPHS yang baharu Puan Julaihah Jamaludin yang telah dilantik berkuatkuasa 1 Ogos 2024 yang lalu.

Pada masa yang sama, ianya juga dijadikan sebagai platform untuk membincangkan isu-isu semasa yang berlaku di daerah ini.

Di dalam majlis tersebut, Yang Dipertua MPHS turut menyampaikan ucapan ringkasnya merakamkan penghargaan kepada semua tetamu yang menghadiri majlis tersebut.

Beliau berharap dengan penganjuran majlis ini hubungan kerjasama strategik yang lebih erat bersama agensi dan ketua jabatan daerah dapat diwujudkan dalam bersama-sama memberikan perkhidmatan yang terbaik terhadap pembangunan di daerah Hulu Selangor.

Antara turut hadir Pegawai Daerah Hulu Selangor, Yuhanas Auree Kamaruddin , Jurutera Daerah, Ts. Ahmad Faris Mohd Ghazali, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, SUPT Ahmad Faizal Tahrim dan Setiausaha merangkap Timbalan Yang Dipertua MPHS, Awaluddin Zakaria.

#DaripadaAndaUntukAnda

#MajuPerkasaHasilSemua

#HuluSelangorBandarRendahKarbon

#AllahPeliharakanlahHuluSelangor

#MPHSGo

QUICK LINKS

AGENCIES LINK

All rights reserved. © 2024 Hulu Selangor Municipal Council.

Hulu Selangor Municipal Council (HSMC),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Monday - Friday : 8:00am - 5:00pm

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Latest Update : Tuesday 08 October 2024, 04:52:32.
Total Visitors :
00851791