Majlis Malam Penganugerah MIP MyPlace Awards 2025

 MPHS RAIH 2 PENGIKTIRAFAN DALAM MIP MYPLACE AWARDS 2025

Petaling Jaya, 12 September 2025 - Majlis Perbandaran Hulu Selangor telah menerima dua (2) pengiktirafan sempena Majlis Malam Penganugerah MIP MyPlace Awards 2025 anjuran Petubuhan Perancang Malaysia (MIP) bertempat di Hotel Le Meridien, Petaling Jaya.

Hadir menerima anugerah berprestij ini Ybrs. Puan Dewi Dirwana binti Munasir, Timbalan Yang Dipertua MPHS. Turut hadir pada majlis ini pengarah dan pegawai MPHS.

Dua (2) anugerah yang diterima MPHS iaitu :

SAPPHIRE AWARD (2nd PLACE) bagi inisiatif program "LAMAN HIJAU x GERAN KHAS KOMUNITI MAMPAN (G-KoM) MAJLIS PERBANDARAN HULU SELANGOR" - Category 7: Urban Farming (Subcategory 7B: Programme-Based)

EMERALD AWARD (3rd Place) bagi projek TAMAN TASIK MILENIUM, KUALA KUBU BHARU @ RUANG HIJAU KOMUNITI HULU SELANGOR - Category 2: City and Town Park (Subcategory 2B: 50 Hectares and Above)

Majlis turut diserikan dengan kehadiran tetamu kehormat, YBhg. Datuk M Noor Azman bin Taib, Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), bersama TPr. Hajah Mazrina binti Dato' Abdul Khalid, Presiden MIP, dan YBhg. Datuk TPr. Dr. Alias bin Rameli, Ketua Pengarah PLANMalaysia.

Pengiktirafan ini mencerminkan komitmen MPHS dalam melaksanakan agenda pembangunan mampan melalui pelbagai inisiatif pembangunan dan program berteraskan komuniti. MPHS terus menyokong usaha ke arah mewujudkan perbandaran yang inklusif, hijau dan berdaya huni selaras dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) dan Dasar Perbandaran Negara.

#MIPMyPlaceAwards2025

#MalaysiaMadani

#KitaSelangor

#IniSelangor

#DaripadaAndaUntukAnda

#MajuPerkasaHasilSemua

#HuluSelangorBandarRendahKarbon

#AllahPeliharakanlahHuluSelangor

#MPHSGo

#VisitSelangor2025

#VisitMalaysia2026

#SukmaSelangor2026

 

 

QUICK LINKS

AGENCIES LINK

All rights reserved. © 2025 Hulu Selangor Municipal Council.

Hulu Selangor Municipal Council (HSMC),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Monday - Friday : 8:00am - 5:00pm

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my
logo isms portal new

  • Latest Update : Tuesday 07 October 2025, 07:35:57.
Total Visitors :
01085408