Majlis Meraikan Persaraan YB Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor

Majlis Meraikan Persaraan YB Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor

Shah Alam, 31 Januari 2025, Jumaat. Yang Berhormat Dato' Setia Haji Haris Bin Kasim hari ini menamatkan tempoh perkhidmatan beliau hari ini setelah berkhidmat lebih 35 tahun.

Majlis meraikan persaraan beliau diadakan di lobi Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri turut dihadiri oleh Yang Berhormat Dato' Salim Bin Soib @ Hamid, Penasihat Undang- Undang Negeri Selangor, Yang Berhormat Dato' Dr. Ahmad Fadzli Bin Ahmad, Pegawai Kewangan Negeri Selangor, Yang Bhg. Dato' Johary Anuar, Timbalan Setiausaha Kerajaan ( Pembangunan), Ybrs. Puan Julaihah Jamaludin, Yang Dipertua MPHS, bersama Ketua Ketua Jabatan Negeri dan Daerah.

Terdahulu, YBrs. Puan Julaihah Jamaludin sempat meluangkan masa mengadakan pertemuan dengan YB Dato' Setia serta mendengar amanat. nasihat dan pengkongsian pengalaman sepanjang perkhidmatan YB Dato' Setia. Puan YDP juga menyampaikan cenderamata kenang- kenangan bagi pihak MPHS.

Puan YDP turut menyampaikan ucapan terima kasih dan Selamat Bersara daripada Ahli Majlis dan seluruh warga MPHS

#DaripadaAndaUntukAnda

#MajuPerkasaHasilSemua

#HuluSelangorBandarRendahKarbon

#AllahPeliharakanlahHuluSelangor

#MPHSGo

QUICK LINKS

AGENCIES LINK

All rights reserved. © 2026 Hulu Selangor Municipal Council.

Hulu Selangor Municipal Council (HSMC),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Monday - Friday : 8:00am - 5:00pm

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my
logo isms versi 2022 06112025

  • Latest Update : Friday 05 March 2027, 07:15:16.
Total Visitors :
01203281