Majlis Minum Petang Dan Penyerahan Geran Khas Komuniti Mampan MPHS Tahun 2022 Bagi Fasa 2

MAJLIS MINUM PETANG DAN PENYERAHAN GERAN KHAS KOMUNITI MAMPAN MPHS TAHUN 2022 BAGI FASA 2
Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) menyerahkan Geran Khas Komuniti Mampan Bagi Fasa 2 kepada 22 penerima di dalam satu Majlis Minum Petang yang diadakan di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor pada 28 September 2022.
Majlis telah dirasmikan oleh Yang Dipertua MPHS, YBrs. TuanMohd Hasry Nor Mohd dengan dihadiri oleh YDM Raja Dato’ Muzaffar Raja Redzwa, Orang Besar Daerah Hulu Selangor, Azizan Mat Hashim, Penolong Pegawai Daerah, ASP Afzainizam Che Rashid, Ketua Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, IPD Hulu Selangor, Awaluddin Zakaria, Timbalan Yang Dipertua MPHS, Barisan Ahli Majlis MPHS serta serta Ketua Jabatan MPHS. Turut hadir bersama pegawai daripada PLANMalaysia@Selangor dan Unit Perancangan Negeri Selangor (UPEN).
MPHS komited dalam memastikan kesejahteraan penduduk di Hulu Selangor tercapai dan menyediakan persekitaran yang mampan untuk semua. Bagi memastikan program yang dirancang tidak hanya satu hala, pihak MPHS memperkenalkan Geran Khas Komuniti Mampan ini sebagai ‘entry point’ bagi program – program hijau dan mampan dari pihak komuniti.
Bagi Fasa 2 ini, sebanyak 38 penyertaan telah diterima. 22 permohonan telah diluluskan untuk menerima Geran Khas Komuniti Mampan yang terdiri daripada 5 Penerima bagi Kategori Komuniti, 2 Penerima bagi NGO dan 15 Penerima dari Kategori Institusi Pendidikan.
Keseluruhan peruntukan yang diterima bagi Fasa 2 ini adalah sebanyak RM 51,000.00.

QUICK LINKS

AGENCIES LINK

All rights reserved. © 2024 Hulu Selangor Municipal Council.

Hulu Selangor Municipal Council (HSMC),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Monday - Friday : 8:00am - 5:00pm

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Latest Update : Tuesday 08 October 2024, 13:38:08.
Total Visitors :
00852135