Majlis Minum Petang MPHS Bersama Wakil Rakyat Hulu Selangor 2022

Majlis Minum Petang Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) bersama wakil rakyat Hulu Selangor telah diadakan pada 19 Januari 2022 bertempat di Richiamo Coffee, Bukit Sentosa.

Perjumpaan yang diadakan secara santai ini telah diketuai oleh Yang Dipertua MPHS, Tuan Mohd Hasry Bin Nor Mohd dengan dihadiri oleh Ahli Parlimen Hulu Selangor, YB June Leow Hsiad Hui (PKR), Adun Kuala Kubu Bharu, YB Lee Kee Hiong (DAP) dan YB Datuk Rosni Binti Sohar (BN) . Turut hadir bersama dalam perbincangan tersebut beberapa pengarah dan ketua jabatan MPHS.

Program santai petang sebegini ini diadakan bertujuan bagi membincangkan isu rakyat serta bertukar-tukar pandangan selain merapatkan ukhuwah diantara MPHS selaku Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di daerah ini bersama wakil rakyat demi untuk membangun dan memajukan daerah ini.

Pelbagai isu yang dibincangkan dan diberi penekanan terutamanya dalam sektor pelaburan, ekonomi, sosial dan pelancongan. Selain itu, isu aduan rakyat juga turut dibincangkan dan pihak Majlis mengambil maklum dan akan mengambil tindakan mengikut bidang kuasa yang ditetapkan.

Mohd Hasry berkata”, Ini merupakan pertemuan kali pertama diadakan diantara MPHS bersama kesemua wakil rakyat Hulu Selangor semenjak MDHS dinaik taraf kepada perbandaran. Komitmen yang ditunjukkan oleh kesemua wakil rakyat yang hadir pada hari ini membuktikan keprihatinan mereka terhadap isu dan permasalahan rakyat dan ingin memastikan rakyat Hulu Selangor hidup dalam keadaan harmoni dan selesa.

Diharapkan dengan kerjasama yang baik di antara wakil rakyat dan PBT ini dapat berterusan demi menghasilkan impak yang positif terhadap kemajuan di daerah ini.

QUICK LINKS

AGENCIES LINK

All rights reserved. © 2024 Hulu Selangor Municipal Council.

Hulu Selangor Municipal Council (HSMC),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Monday - Friday : 8:00am - 5:00pm

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Latest Update : Tuesday 08 October 2024, 04:52:32.
Total Visitors :
00852052