Majlis Pelancaran Geran Khas Komuniti Mampan 2.0 Majlis Perbandaran Hulu Selangor Tahun 2023

Majlis Pelancaran Geran Khas Komuniti Mampan 2.0
Majlis Perbandaran Hulu Selangor Tahun 2023

13 Februari 2023 (Isnin), Majlis Perbandaran Hulu Selangor secara rasminya telah melancarkan Geran Khas Komuniti Mampan 2.0 Tahun 2023.

Majlis Pelancaran telah disempurnakan oleh Tuan Mohd Hasry bin Nor Mohd, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hulu Selangor. Turut hadir pada majlis ini Tuan Awaluddin bin Zakaria, Timbalan Yang Dipertua, Pengarah Jabatan dan Ahli Majlis Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Tahun 2023, MPHS menawarkan peruntukan sebanyak RM 120,000.00 bagi Geran Khas Komuniti Mampan 2.0 berbanding Tahun 2022 sebanyak 100,000.00. Geran Khas ini ditawarkan khas untuk warga komuniti Daerah Hulu Selangor yang berminat dalam melaksanakan Projek / Program berkaitan Alam Sekitar dan Teknologi Hijau. Tarikh tutup bagi penyertaan ini adalah pada 31 Mac 2023.

Yang Dipertua MPHS mengharapkan komuniti Hulu Selangor dapat merebut peluang ini agar projek dan program dapat dilaksanakan melalui geran yang ditawarkan ini.

QUICK LINKS

AGENCIES LINK

All rights reserved. © 2024 Hulu Selangor Municipal Council.

Hulu Selangor Municipal Council (HSMC),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Monday - Friday : 8:00am - 5:00pm

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Latest Update : Tuesday 08 October 2024, 13:38:08.
Total Visitors :
00852166