Majlis Penyampaian Amanat Tahun Baharu 2025 oleh YAB Dato’ Seri Amirudin Shari, Dato' Menteri Besar Selangor

MAJLIS PENYAMPAIAN AMANAT TAHUN BAHARU 2025 OLEH YAB DATO' MENTERI BESAR SELANGOR

Shah Alam, 27 Januari 2025. Majlis Penyampaian Amanat Tahun Baharu 2025 oleh YAB Dato’ Seri Amirudin Shari, Dato' Menteri Besar Selangor telah diadakan di Auditorium Dewan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz, Shah Alam pagi tadi.

Turut hadir mendengar Majlis Amanat tersebut ialah Tuan Awaluddin bin Zakaria, Setiausaha merangakap Timbalan Yang Dipertua MPHS bersama Pengarah Jabatan dan 20 orang wakil dari MPHS.

Manakala di Pejabat MPHS pula seramai 40 orang warga kerja MPHS hadir menyaksikan majlis tersebut secara maya di Bilik Mesyuarat Chiling dan di ruang pejabat.

MPHS mengambil perhatian terhadap perkara yang telah disampaikan daripada ucapan amanat YAB Dato' Menteri Besar Selangor itu tadi bagi mencapai dan menjayakan hala tuju yang telah dirancang oleh kerajaan Negeri Selangor untuk tahun 2025 ini.

#DaripadaAndaUntukAnda

#MajuPerkasaHasilSemua

#HuluSelangorBandarRendahKarbon

#AllahPeliharakanlahHuluSelangor

#MPHSGo

#MPHS2025

QUICK LINKS

AGENCIES LINK

All rights reserved. © 2026 Hulu Selangor Municipal Council.

Hulu Selangor Municipal Council (HSMC),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Monday - Friday : 8:00am - 5:00pm

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my
logo isms versi 2022 06112025

  • Latest Update : Friday 05 March 2027, 07:15:16.
Total Visitors :
01203281