Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2023 dan Jasamu Dikenang MPHS

MAJLIS PENYAMPAIAN ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG TAHUN 2023

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2023 dan Jasamu Dikenang Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) telah diadakan di Templer’s Ballroom, Setia Eco Templer Rawang pada 19 Jun 2024 .

Majlis telah dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Mohd Yazid bin Sairi, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) Negeri Selangor. YBhg Dato’ Mohd Yazid bin Sairi juga turut menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi tahun 2023 kepada tiga puluh lima (35) warga MPHS yang menunjukkan prestasi dan khidmat bakti yang cemerlang sepanjang tahun 2023 termasuk satu (1) orang penerima Anugerah Perkhidmatan Setia 25 tahun dan tiga (3) Anugerah Jasamu Dikenang kepada pesara pada malam tadi.

Yang Dipertua MPHS, Mohd Hasry bin Nor Mohd mengucapkan tahniah kepada semua penerima-penerima APC pada tahun ini dan berharap ianya dapat menjadi pendorong kepada seluruh warga kerja MPHS dalam menghasilkan perkhidmatan dan meningkatkan mutu perkhidmatan ke arah yang lebih berkualiti, cemerlang serta berimpak tinggi pada tahun-tahun yang akan datang.

Hadir sama Yang Amat Dihormati Engku Orang Kaya Maha Bijaya Hulu Selangor, Raja Dato’ Muzaffar bin Raja Redzwa, Timbalan Yang Dipertua MPHS, Tuan Awaluddin Zakaria, Ahli Majlis, Ketua-ketua Jabatan serta kakitangan MPHS dengan bertemakan Batik Malaysia.

#APCMPHS2024

#DaripadaAndaUntukAnda

#MajuPerkasaHasilSemua

QUICK LINKS

AGENCIES LINK

All rights reserved. © 2024 Hulu Selangor Municipal Council.

Hulu Selangor Municipal Council (HSMC),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Monday - Friday : 8:00am - 5:00pm

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Latest Update : Tuesday 08 October 2024, 04:52:32.
Total Visitors :
00852052