Majlis Penyerahan Geran Khas Komuniti Mampan 4.0 (G-Kom) Majlis Perbandaran Hulu Selangor Tahun 2025

MAJLIS PENYERAHAN GERAN KHAS KOMUNITI MAMPAN 4.0 (G-KoM) MAJLIS PERBANDARAN HULU SELANGOR TAHUN 2025

Kuala Kubu Bharu, 15 Julai 2025 – Seramai 39 daripada 87 pemohon telah berjaya menerima Geran Khas Komuniti Mampan 4.0 (G-KoM) daripada Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) bagi tahun 2025.

Geran ini merupakan inisiatif tahunan MPHS bagi menyokong usaha komuniti tempatan melaksanakan projek berimpak ke arah kemampanan bandar, selaras dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG).

G-KoM yang memasuki tahun keempat pelaksanaannya ini menyediakan peruntukan keseluruhan berjumlah RM120,000, dengan setiap penerima menerima geran antara RM1,600 hingga RM3,500. Geran ini dibuka kepada empat kategori utama iaitu Komuniti, Badan Bukan Kerajaan (NGO), Institusi Pendidikan dan Institusi Keagamaan, dengan fokus kepada bidang Teknologi Hijau, Alam Sekitar dan Sosial.

Majlis penyerahan geran telah disempurnakan oleh YBhg. Puan Julaihah Jamaludin, Yang Dipertua MPHS. Turut hadir memeriahkan majlis ialah Orang Besar Daerah Hulu Selangor, Raja Dato' Muzaffar Raja Redzwa, Pengarah Jabatan Perbendaharaan merangkap Timbalan Setiausaha, En. Shaiful Rizza Hj. Piamin, Pengarah Perancang Bandar MPHS, TPr. Gs. Azlina Mokhtar, Ketua WHIP, Pn. Law Suet Peng, serta barisan ahli majlis MPHS.

Sebagai menghargai dan memperkasa peranan komuniti, majlis turut menyaksikan Sesi Perkongsian dan Pengalaman daripada penerima G-KoM terdahulu, sebagai motivasi kepada komuniti lain yang bercita-cita untuk melaksanakan projek mampan.

Dalam majlis yang sama, MPHS turut menyerahkan Sijil Pelantikan Rakan Kongsi kepada empat pihak terlibat bagi pelaksanaan Program Zon Bandar Rendah Karbon Tahun 2025.

MPHS akan terus komited dalam menyokong pembangunan komuniti melalui pendekatan lestari dan berimpak tinggi, seiring dengan aspirasi Kerajaan Negeri dan Persekutuan ke arah pembentukan bandar rendah karbon yang mampan.

#MalaysiaMadani

#KitaSelangor

#DaripadaAndaUntukAnda

#MajuPerkasaHasilSemua

#HuluSelangorBandarRendahKarbon

#AllahPeliharakanlahHuluSelangor

#MPHSGo

#TahunMelawatSelangor2025

QUICK LINKS

AGENCIES LINK

All rights reserved. © 2025 Hulu Selangor Municipal Council.

Hulu Selangor Municipal Council (HSMC),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Monday - Friday : 8:00am - 5:00pm

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Latest Update : Tuesday 22 July 2025, 02:06:15.
Total Visitors :
01030592

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd
I-TEGUR

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015