Majlis Penyerahan Projek Membaik Pulih dan Pengukuhan Cerun di PBT

MAJLIS PENYERAHAN PROJEK MEMBAIK PULIH DAN PENGUKUHAN CERUN

DI KAWASAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT)

Putrajaya, | 5 Februari 2026

Majlis Penyerahan Projek Membaik Pulih dan Pengukuhan Cerun di Kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) telah berlangsung dengan jayanya pada 5 Februari 2026 bertempat di Bilik Media, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Majlis ini telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Mohd Fadzli Bin Mohd Kenali, Ketua Pengarah, Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT), dan turut dihadiri oleh barisan kepimpinan PBT, wakil perunding, kontraktor serta pegawai-pegawai kanan Jabatan Kerajaan Tempatan.

Antara projek utama yang diserahkan ialah Cadangan Membaik Pulih dan Pengukuhan Cerun di Jalan Teratai, Taman Tasek Teratai, Serendah, yang telah dilaksanakan oleh Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS). Projek ini diluluskan susulan kejadian runtuhan cerun pada tahun 2019 yang telah menyebabkan hakisan tanah serta kerosakan kepada sistem saliran sedia ada.

Projek penstabilan cerun ini melibatkan kos keseluruhan sebanyak RM2,293,450.00 dan dilaksanakan bermula 7 Januari 2025. Bagi memastikan tahap keselamatan yang lebih tinggi, kaedah pembinaan telah ditambah baik dengan penggunaan teknik soil nailing bagi menggantikan kaedah rock bolt. Perubahan ini memerlukan lanjutan masa selama 30 hari, menjadikan tarikh siap projek pada 7 Ogos 2025.

Dalam ucapannya, YBhg. Dato’ Mohd Fadzli merakamkan penghargaan kepada semua PBT, perunding dan kontraktor yang terlibat diatas komitmen dan prestasi cemerlang sepanjang pelaksanaan projek. Beliau menegaskan bahawa kejayaan projek-projek ini mencerminkan kesungguhan kerajaan dalam memastikan keselamatan penduduk serta kelestarian infrastruktur awam.

Majlis turut diserikan dengan tayangan montaj projek, sesi menandatangani dokumen penyerahan dan sesi bergambar sebelum majlis bersurai.

#MalaysiaMadani

#KitaSelangor

#IniSelangor

#DaripadaAndaUntukAnda

#MajuPerkasaHasilSemua

#HuluSelangorBandarRendahKarbon

#AllahPeliharakanlahHuluSelangor

#MPHSGo

#VisitSelangor2025

#VisitMalaysia2026

#SukmaSelangor2026

QUICK LINKS

AGENCIES LINK

All rights reserved. © 2026 Hulu Selangor Municipal Council.

Hulu Selangor Municipal Council (HSMC),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Monday - Friday : 8:00am - 5:00pm

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my
logo isms versi 2022 06112025

  • Latest Update : Thursday 12 February 2026, 06:24:42.
Total Visitors :
01183841