Majlis Penyerahan Sumbangan kepada Pasukan Karate-Do Negeri Selangor

MPHS SERAH SUMBANGAN KEPADA PASUKAN KARATE-DO NEGERI SELANGOR SEMPENA SUKMA XXII SELANGOR 2026

SHAH ALAM, 18 Ogos 2026 – Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) telah mengadakan Majlis Penyerahan Sumbangan kepada Pasukan Karate-Do Negeri Selangor, yang merupakan pasukan sukan angkat MPHS sempena Temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXII Selangor 2026, bertempat di Ideal Convention Centre (IDCC), Shah Alam.
Majlis telah disempurnakan oleh YBrs. Puan Julaihah binti Jamaludin, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hulu Selangor, melalui penyerahan sumbangan bagi membantu menampung keperluan kontingen Karate Selangor sepanjang persiapan dan penyertaan dalam temasya SUKMA kali ini.
Turut hadir ialah Yang Berbahagia Dato' Soke M. Paneer Selvam, Presiden Persatuan Karate Do Negeri Selangor; Encik Abdullah Badrisha, Naib Presiden Persatuan Karate Do Negeri Selangor; En. N. Kishore Kumar, Setiausaha Agung Persatuan Karate Do Negeri Selangor; Puan Dewi Dirwana binti Munasir, Setiausaha MPHS; serta Puan Nurulhuda Ahmad binti Khairuddin, Ketua Jabatan Pembangunan Masyarakat MPHS.
Majlis turut diserikan dengan persembahan Karate oleh para atlet Pasukan Karate-Do Negeri Selangor yang akan membawa cabaran negeri dalam SUKMA XXII Selangor 2026, sekali gus memperlihatkan disiplin, kemahiran serta tahap kesiapsiagaan para atlet menjelang pertandingan.
Untuk rekod, Pasukan Karate-Do Negeri Selangor telah mencatatkan pencapaian membanggakan pada SUKMA Sarawak 2024 dengan meraih dua pingat emas, satu pingat perak dan satu pingat gangsa. Bagi edisi SUKMA XXII Selangor 2026, pasukan menyasarkan untuk sekurang-kurangnya mempertahankan pencapaian dua pingat emas.
Sokongan ini mencerminkan komitmen berterusan MPHS dalam menyokong pembangunan sukan serta memberikan dorongan kepada para atlet Negeri Selangor untuk terus mencipta kecemerlangan.
MPHS mendoakan agar seluruh atlet, jurulatih dan barisan pengurusan Pasukan Karate-Do Negeri Selangor dipermudahkan segala urusan serta mampu memberikan persembahan terbaik dalam Temasya SUKMA XXII Selangor 2026.
Selamat maju jaya Pasukan Karate-Do Negeri Selangor!
SELANGOR JUARA!

QUICK LINKS

AGENCIES LINK

All rights reserved. © 2026 Hulu Selangor Municipal Council.

Hulu Selangor Municipal Council (HSMC),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Monday - Friday : 8:00am - 5:00pm

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my
logo isms versi 2022 06112025

  • Latest Update : Wednesday 19 August 2026, 09:28:31.
Total Visitors :
01344074