Majlis Perasmian Hari Penjaja & Peniaga Kecil Selangor 2025

MAJLIS PERASMIAN HARI PENJAJA & PENIAGA KECIL SELANGOR 2025

Subang Jaya, 22 NOVEMBER 2025 – Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) turut serta dalam memeriahkan Program Perasmian Hari Penjaja & Peniaga Kecil Selangor 2025 yang telah dirasmikan oleh YAB Dato’ Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Amirudin bin Shaari.

Turut hadir ialah YBhg. Puan Julaihah Binti Jamaludin (YDP MPHS), YBrs. Encik Kamaruzaman Bin Abd Rahman (Pengarah Jabatan Pelesenan & Pembangunan Usahawan MPHS) serta pegawai-pegawai jabatan MPHS.

Program anjuran Kerajaan Negeri Selangor ini menghimpunkan lebih 2,000 usahawan mikro dari seluruh negeri, dengan kerjasama MBI Selangor dan Agrobank.

MPHS turut membawa dua usahawan Hulu Selangor untuk mempromosikan produk tempatan dan memanfaatkan peluang jaringan, digitalisasi perniagaan serta akses pembiayaan dan latihan.

Bertemakan *“Penjaja & Peniaga Kecil Pemacu Ekonomi Digital Selangor”*, program ini turut menyaksikan pelancaran inisiatif penting oleh YAB Dato’ Menteri Besar Selangor, antaranya pelancaran inisiatif kerjasama MBI-Agrobank melalui skim pembiayaan mikro tanpa kadar keuntungan, AGROPLATS Biaya Plus-i, bagi memperkukuh peranan peniaga kecil sebagai pemacu utama ekonomi negeri. Permohonan skim ini akan dibuka melalui Januari 2026 di semua cawangan Agrobank di Selangor.

MPHS akan terus menyokong agenda Kerajaan Negeri dalam memodenkan sektor penjaja dan merancakkan keusahawanan tempatan.

#MalaysiaMadani

#KitaSelangor

#IniSelangor

#DaripadaAndaUntukAnda

#MajuPerkasaHasilSemua

#HuluSelangorBandarRendahKarbon

#AllahPeliharakanlahHuluSelangor

#MPHSGo

#VisitSelangor2025

#VisitMalaysia2026

#SukmaSelangor2026

QUICK LINKS

AGENCIES LINK

All rights reserved. © 2025 Hulu Selangor Municipal Council.

Hulu Selangor Municipal Council (HSMC),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Monday - Friday : 8:00am - 5:00pm

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my
logo isms versi 2022 06112025

  • Latest Update : Monday 24 November 2025, 02:17:55.
Total Visitors :
01112508