Majlis perasmian Laman Kompos MPHS

Majlis perasmian Laman Kompos Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) telah berlangsung pada 19 Jun 2024 di laman Bahagian Kelestarian dan Kesejahteraan Komuniti (KesKom). Majlis ini disempurnakan oleh Tuan Mohd Hasry bin Nor Mohd, Yang DiPertua MPHS. Turut hadir ialah Tuan Awaluddin Zakaria, Timbalan Yang Dipertua, dan Encik Mohd Shahril bin Ramli, Pengarah Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (JPSPPA).

Majlis ini turut dimeriahkan dengan kehadiran Dr. Nur’ Aishah, wakil daripada syarikat AM PM International yang merupakan rakan strategik projek kompos MPHS. Walaupun baru 6 hari projek ini dimulakan, Bahagian KesKom berjaya mengumpulkan 17.65kg sisa makanan dari kafetaria MPHS. Sisa makanan ini, bersamaan dengan 33.53kg gas karbon dioksida yang berjaya diselamatkan daripada dibebaskan ke atmosfera bumi. Jumlah sisa makanan tersebut juga setara dengan penggunaan elektrik selama 3 hari bagi sebuah isi rumah.

Tuan Mohd Hasry turut meluangkan masa melihat bagaimana proses kompos sisa makanan dijalankan sambil berkongsi idea agar projek ini dapat diperluaskan lagi demi kebaikan komuniti Hulu Selangor.

Bagi yang berminat untuk mempelajari teknik kompos terbaru yang akan bakal di anjurkan oleh Bahagian KesKom, JPSPPA. Jom buat baja kompos sendiri hanya dengan menggunakan sisa makanan daripada rumah, anda dijemput untuk mengisi link: https://forms.gle/ny5gAG6Sawn84CqW6

#DaripadaAndaUntukAnda 

#MajuPerkasaHasilSemua

#HuluSelangorBandarRendahKarbon

#AllahPeliharakanlahHuluSelangor

#MPHSGo #SIDINA #JomKompos

QUICK LINKS

AGENCIES LINK

All rights reserved. © 2024 Hulu Selangor Municipal Council.

Hulu Selangor Municipal Council (HSMC),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Monday - Friday : 8:00am - 5:00pm

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Latest Update : Tuesday 08 October 2024, 04:52:32.
Total Visitors :
00851791