Majlis Perasmian Monumen Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor

MAJLIS PERASMIAN MONUMEN KUALA KUBU BHARU, HULU SELANGOR DI BAWAH PROGRAM BANDAR PERSAHABATAN (FRIENDSHIP CITY) DIANTARA MAJLIS PERBANDARAN HULU SELANGOR DAN MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA

27 JUN 2024 (KHAMIS)

Pada hari ini telah berlangsungnya Majlis Perasmian Monumen Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor bertempat di Sister Cities Square, Petaling Jaya. Program ini merupakan simbolik kepada Program Bandar Persahabatan (Friendship City) diantara Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) dan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) yang telah dimaterai pada 25 September 2023.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Mohd Hasry bin Nor Mohd, Yang Dipertua MPHS dan YBrs. Tuan Aznan bin Hj Hassan, Timbalan Datuk Bandar Petaling Jaya. Turut hadir pada majlis tersebut Ahli Majlis MPHS dan MBPJ, Pengarah Jabatan dan Ketua Jabatan MPHS dan MBPJ serta para pegawai MPHS dan MBPJ.

Monumen yang dibina ini merupakan identiti Rekabentuk Bangunan Rumah Kedai Bandar Kuala Kubu Bharu dibina pada Tahun 1930 yang mempunyai nilai warisan sejarah yang perlu dipelihara.

#DaripadaAndaUntukAnda

#MajuPerkasaHasilSemua

#HuluSelangorBandarRendahKarbon

#AllahPeliharakanlahHuluSelangor

#MPHSGo

QUICK LINKS

AGENCIES LINK

All rights reserved. © 2024 Hulu Selangor Municipal Council.

Hulu Selangor Municipal Council (HSMC),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Monday - Friday : 8:00am - 5:00pm

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Latest Update : Tuesday 08 October 2024, 04:52:32.
Total Visitors :
00851791