Majlis Perasmian National Planning Congress (NPC) dan MyCITY EXPO 2026

Petaling Jaya, 03 November 2026 - Majlis Perasmian National Planning Congress (NPC) dan MyCITY EXPO 2026 telah disempurnakan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), YBhg. Datuk Wira Dr. M. Noor Azman Taib, yang berlangsung di Auditorium, Dewan Sivik MBPJ.
Majlis tersebut turut diiringi Ketua Pengarah PLANMalaysia, YBhg. Datuk TPr. Dr. Alias Rameli, TPr. Hjh Mazlina Presiden Pertubuhan Perancang Bandar Malaysia serta Datuk Bandar Majlis Bandaraya Petaling Jaya, YBhg. Dato' Mohd Yazid Sairi.
Hadir pada majlis tersebut, YBrs. Puan Julaihah binti Jamaludin, Yang Dipertua MPHS bersama TPr Gs. Azlina binti Mokhtar, Pengarah Jabatan Perancang Bandar bersama pegawai MPHS.
Kongress ke 11 yang berlangsung dari 3-5 November 2026 ini dengan tema "Our Cities Our Future - Planning Better Cities For A Better Tomorrow" menghimpunkan Perancang Bandar, Pihak Berkuasa Tempatan, Agensi Kerajaan, Pemaju Hartanah serta Institut Pengajian Tinggi di seluruh Malaysia.

QUICK LINKS

AGENCIES LINK

All rights reserved. © 2026 Hulu Selangor Municipal Council.

Hulu Selangor Municipal Council (HSMC),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Monday - Friday : 8:00am - 5:00pm

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my
logo isms versi 2022 06112025

  • Latest Update : Friday 06 November 2026, 09:16:48.
Total Visitors :
01406408